Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Surga Yang Allah Janjikan [Karya dan Susunan Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah]

Surga Yang Allah Janjikan [Karya dan Susunan Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah]
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press (1(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.5 x 2.9

ISBN: 9789791303583
Availability: In Stock
Price: RM78.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Surga Yang Allah Janjikan | Judul Asal (‘Arab): Haadi Al-Arwaah ilaa Bilaadil Afraah | Penulis: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 1kg | Muka Surat: 510m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Kata Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H):

“Saat orang-orang munafiq mengetahui maksud diciptakannya mereka, mereka mengangkat kepala, menyombongkan diri. Ketika mereka tahu Syurga telah menanti mereka, mereka malah memalingkan muka. Waktu mereka sedar jalan lurus telah dipertegas untuk mereka, mereka enggan meluruskan jalan ke sana.

Mereka menganggap bodoh segala urusan yang tak terlihat dek mata, tak terdengar dek telinga, dan tak terbesit di hati.  Transaksi keabadian yang tak menghasilkan apa pun di kehidupan ini dianggap sia-sia.

Perumpamaan urusan ukhrawi ibarat mimpi yang menyusahkan. Tertawa sebentar, menangisnya berlama-lama, senangnya sehari, susahnya berbulan-bulan. Dukanya lebih banyak berbanding sukanya. Kesedihannya berlipat kali ganda. Awalnya penuh ketakutan, kesudahannya penuh kehilangan.

Alangkah menghairankan orang bodoh yang berlagak bijak. Seolah-olah dia berakal cemerlang. Padahal yang disusurinya adalah jejak hidup fana yang menggantikan hidup abadi. Dia ganti Syurga yang seluas langit dan bumi dengan penjara sempit yang penuh bencana. Dia tukar tempat indah yang dialiri sungai-sungai jernih dengan tempat menderum unta yang akan rosak. Dia abaikan bidadari cantik laksana yaqut dan marjan dengan perempuan-perempuan kotor berperangai buruk. Dia tinggalkan sungai-sungai arak yang teramat nikmat dengan minuman najis penghilang akal dan perosak dunia dan agama. Dia tukar nikmatnya memandang wajah Allah Yang Maha Esa dengan wajah buruk. Dia salin suara merdu-Nya dengan suara tetabuhan lagu. Dia alihkan duduk-duduk santai di hamparan mutiara, yaqut dan manikam dengan duduk-duduk bersama orang-orang fasiq dan syaitan.

Wahai calun penghuni Syurga! Panggilan Syurga telah bergema. Tak usah ragu, kalian akan menikmatinya. Kalian akan selalu hidup, tak akan mati selamanya.

Orang-orang bodoh hanya akan sedar hakikat transaksi ukhrawi ini di hari Kiamat. Mereka akan merugi dan menyesal di hari itu. Orang-orang yang bertaqwa berkerumun di sekitar Rabb yang Maha Pengasih. Sementara para pendosa digiring ke Neraka Jahannam. Lalau terdengarlah suara pemberi kesaksian yang mengatakan, “Sekiranya orang-orang tahu siapa hamba yang paling dimuliakan.”

Para pengingkar tidak menyangka kehormatan dan kemuliaan yang disediakan ini bahawa keutamaan dan kenikmatan disimpan untuk mereka yang taat. Di akhirat, simpanan itu disediakan, begitu pula bidadari yang tak pernah dilihat mata, didengar oleh telinga, dan terbesit di hati.

Para pengingkar pun tahu barang bekal bagaimana yang hilang dan tak dibawa di akhirat. Semua itu tak ada gunanya bagi kehidupannya. Semua itu ternilai sebagai harta benda yang tak laku.

Sementara itu ada kelompok lain yang membawa barang bekal yang sangat banyak dan takkan rosak dan takkan hilang. Mereka meraih kenikmatan abadi di sisi Rabb yang Maha Besar dan Tinggi. Mereka bercengkerama di taman-taman Syurga. Bersama keluarga, mereka duduk di atas dipan indah berbantalkan kain sutera. Mereka bersenang-senang dengan para bidadari sambil menikmati beraneka rasa buah-buahan.

Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam Syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang enak dipandang mata. Dan kalian kekal di dalamnya.”

Demi Allah! Panggilan tersebut telah diserukan. Alangkah menghairankan jika ada yang justeru terlelap tidur, enggan memenuhi panggilan itu. Mengapa mereka tidak bersegera mencari mahar untuk menyunting dambaan hati itu?

Masihkah terasa nikmat kehidupan ini setelah kehidupan indah tersebut diperdengarkan? Tidakkah para perindu bidadari bergegas menyongsong makhluk-makhluk tercantik itu?

Masih tersisakah perempuan lain yang dirindukan selain para bidadari tersebut?

Masih adakah hal lain yang patut disandingkan sebagai pengganti selain hal-hal yang maha indah tersebut?

Kandungan buku

Buku ini dikarang sebagai penglipur-lara, hadiah bagi pendamba Syurga, penggerak hati menuju tujuan hakiki, dan pendorong jiwa berada di sisi Sang Penguasa Yang Maha Suci.

Buku ini juga dikarang untuk menjadi hiburan bagi pembaca. Orang yang melihatnya akan merindukannya. Di dalamnya terkandung banyak faedah yang indah bagi yang ingin mendapatkannya. Orang tidak akan mendapatkan hal yang serupa di buku yang lainnya.

Di dalamnya dijelaskan pelbagai hadis marfu’ (yang diriwayatkan sampai kepada Nabi), atsar yang tsabit, rahsia-rahsia kalam ilahi, kata-kata mutiara, penjelasan pelbagai persoalan, dan catatan tentang landasan nama-nama dan sifat-sifat.

Orang yang membacanya akan bertambah iman. Kerinduannya pada Syurga akan memuncak seolah-olah Syurga ada di depan mata. Kerana buku ini adalah petunjuk jalan menuju taman-taman Syurga, dan pendorong cita-cita tertinggi menuuju hidup terindah.

Maksud utama buku ini adalah memebrikan khabar gembira, bahawa Allah telah menyiapkan Syurga untuk para hamba-Nya. Mereka berhak mendapatkan khabar gembira di kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Allah memberikan mereka nikmat zahir dan bathin.

Mereka adalah wali-wali Rasulullah yang menjadi sebahagian dari golongan beliau. Sesiapa keluar dari sunnah Rasulullah, mereka adalah musuh Rasulullah. Mereka sama sekali tidak bosan dalam membela sunnah beliau. Tak sekali pun mereka meninggalkannya walau digelincirkan orang. Sunnah Rasul merupakan saripati hati mereka yang tak tergantikan oleh perdebatan fiqih, perbahasan dialog, imaginasi sufistik, perdebatan ahli kalam, analogis para filosof, dan peraturan politikus.

Sesiapa yang menghadirkan pendapat dari sumber-sumber tersebut, maka pintu kebenaran pun tersumbat, dan jalan yang lurus akan terhalang.

Kalian dapat meraih keuntungan dari buku ini meskipun pengarangnya mungkin keliru. Di dalamnya ada kejernihan, meskipun mungkin ada hal-hal yang masih tetutup kabut.

Buku ini saya persembahkan kepada anda. Buah fikiran yang saya hadiahkan untuk para pembaca. Jika anda mendapatkan kebaikan di dalamnya, tak perlu ragu antara menyimpan atau menjelaskan kebaikan. Jika didapatkan sebaliknya, semoga Allah memberikan pertolongan. Jika ada kebenaran di dalamnya, itu semua berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun jika ada kekeliruan di dalamnya, itu semua dari diri penulis dan syaitan. Allah dan Rasul-Nya bebas dari kesalahan yang saya perbuat. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Kepada Allah saya serahkan buku ini dengan sepenuh hati. Semoga pembaca dan penulisnya dikurniakan Syurga. Semoga buku ini menjadi alasan untuk mendapatkan Syurga, bukan malah menjadi hujah untuk menjauh dari Syurga. Semoga mereka yang membacanya beroleh manfaat darinya.”

Petikan mukaddimah buku: Syurga Yang Allah Janjikan oleh Ibnul Qayyim (terjemahan kitab Haadi Al-Arwaah ilaa Bilaadil Afraah).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net