Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tuhfatudz Dzakirin Mutiara Ahli Dzikir

Tuhfatudz Dzakirin Mutiara Ahli Dzikir
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16 x 5.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuhfatudz Dzakirin Mutiara Ahli Dzikir | Judul Asal (‘Arab): Tuhfah adz-Dzakirin bi 'Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-MursalinPenulis: Imam Ibnul Jazari rahimahullah (Wafat: 838H) | Pensyarah: Imam Asy-Syaukani rahimahullah | Tahqiq: Abu Sahal Najah ‘Iwadh Shiyam | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 1016m/s (Hard Cover).


 

Hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran, tidak semua yang dirancang akan berjaya dan tidak semua impian boleh diperolehi. Demikianlah warna-warna kehidupan yang dihadapi oleh manusia, di antara kebahagiaan dan kesedihan, kesusahan dan kesenangan, kemiskinan dan kekayaan, kesihatan dan sakit. Sekiranya perkara ini dapat kita hayati dan selami, maka sudah pasti kita akan mengerti, di sana ada Rabb, Tuhan Yang Maha pencipta dan menguasai. Kepada-Nya lah kita berdoa, berharap, dan memohon petunjuk. Kepada-Nya-lah kita bergantung dan sentiasa berdzikir.

Dengan mengingati-Nya, yang kaya tidak akan terlena, yang miskin tidak akan bersedih, yang duka tidak akan putus-asa, dan yang mendapat nikmat akan sentiasa bersyukur. Berdzikir bererti menghidupkan jasad, menenangkan jiwa, memotivasikan rohani, menjernihkan fikiran, menajamkan mata dan pandangan, mendekatkan diri kepada Allah, dan jalan meraih kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Buku ini adalah di antara buku-buku yang memuatkan hadis-hadis berkaitan persoalan dzikir dan penjelasannya. Pelbagai konsep dzikir dan doa yang punya tuntunan sunnah disentuh oleh buku ini. Termasuk di dalamnya adalah kepelbagaian lafaz-lafaz dzikir yang boleh diamalkan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah kepada umat Islam. Kemudian buku ini memuatkan pula takhrij oleh imam asy-Syaukani yang menjadikan kita lebih yakin untuk beramal dengannya. Maka, semoga buku ini mampu menjadi pendamping buat kita dalam berdzikir dan berdoa.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net