Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Adab dan Kiat Dalam Menggapai Ilmu

Adab dan Kiat Dalam Menggapai Ilmu
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.2 x 1.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Adab dan Kiat Dalam Menggapai Ilmu | Judul Asal (‘Arab): Ma’alim fi Thariq Thalab Al-‘Ilm |Penulis: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin ‘Abdullah As-Sadhan | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 700gram | Muka Surat: 282m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Kaedah dan cara yang mapan untuk mengetahui antara yang haq dan yang bathil, dengan dengan ilmu. Dan ilmu tidak akan dikuasai melainkan dengan dipelajari.

Seorang tabi’in besar, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) mengatakan:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Benarlah sebagaimana kata Imam Ibnu Sirin tersebut. Ilmu adalah agama.

Ilmu adalah pengetahuan (atau penguasaan maklumat) yang merupakan lawan kepada ketidak-tahuan atau kejahilan. Ilmu secara syar’i adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang berupa penjelasan dan petunjuk yakni al-Qur’an, as-Sunnah dan kefahaman yang benar terhadapnya. Iaitu ilmu yang membimbing kehidupan di dunia hingga ke akhirat, sampai menuju Syurga Allah.

Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah  (Wafat: 748H):

“Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, tetapi ia adalah cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati, dan syaratnya adalah al-ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan melarikan diri dari hawa nafsu serta menjauhi al-ibtida’ (bid’ah).” (Adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 13/323)

Kata Imam Abu Hatim ar-Razi rahimahullah:

“Ilmu bagi kita adalah apa yang bersumber dari Allah Ta’ala sebagaimana yang ditetapkan melalui kitab-Nya. Khabar yang benar bersumber dari Rasulullah tanpa ada perselisihan. Kemudian keputusan yang datang dari kesepakatan para sahabat jika terdapat perselisihan yang tiada jalan keluar dalam memahami dua sumber tersebut. Kemudian jika tetap ada persoalan yang tidak dapat difahami, maka pergi kepada perkataan para tabi’in. Sekiranya tidak ditemukan dalam perkataan para tabi’in, maka diambil dari para imam yang mendapat petunjuk.” (Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/248)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu (dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah), maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Shahih Muslim, no. 2699. Sunan Abu Daud, no. 1455)

Kata Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H), “Sesungguhnya dijadikan menuntut ilmu itu termasuk di jalan Allah, kerana dengannya akan tertegak agama Islam sebagaimana tertegaknya agama dengan jihad, maka kukuhnya agama adalah melalui ilmu dan jihad.” (Miftah Daar as-Sa’aadah, 1/271-273)

Menuntut ilmu adalah kewajiban yang paling agung dari kewajiban-kewajiban agama. Ilmu yang wajib diketahui seorang muslim adalah ilmu yang mampu memperbaiki aqidahnya, memperbaiki ibadahnya, dan membenarkan amalan kesehariannya.

Menuntut ilmu wajib atas orang-orang yang bodoh dan atas para penuntut ilmu baik yang pemula mahupun yang senior, bahkan wajib pula atas para ulama. Dan yang benar dan yang wajib atas seorang muslim adalah hendaknya dia menjadi penuntut ilmu, dan tetap berterusan dalam keadaan menuntut ilmu sampai ajal menjemput.

Ilmu memiliki keutamaan yang agung, dan Allah benar-benar telah meninggikan kedudukan para ulama yang mengamalkan agamanya, Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadilah, 58: 11)

Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.”  (Surah Az-Zumar, 33: 9)

Kelazatan dan kebahagiaan yang sejati tidaklah terletak pada makan, minum, tidur, dan bersenggama. Kerana syahwat dan kelazatan jenis ini hanyalah kelazatan fizik yang sama dirasakan oleh binatang dan yang lainnya. Sesungguhnya kelazatan yang sejati adalah kelazatan dana berbuat taat dan ibadah, kelazatan jiwa dan hati dalam mempelajari ilmu-ilmu syar’i. Kerana kelazatan ini hanya dirasakan oleh orang-orang mukmin, bukan oleh makhluk-makhluk yang lainnya.

Hal ini telah disadari oleh para ulama Salaf kita yang mulia. Mereka merasakan kelazatan belajar ilmu syar’i, menikmatinya ketika membolak-balikkan lembaran-lembaran kitab, dan menikmati penderitaan dalam susah-payah meraihnya. Bahkan kelazatan dan kebahagiaan mereka dalam menghafal hadis-hadis Nabi atau memecahkan sesuatu permasalahan ilmiyah atau begadang untuk menulis makalah ilmiah atau mengarang kitab yang bermanfaat untuk umat, melebihi kelazatan ahli-ahli maksiat dengan kemaksiatan mereka, lebih agung dari kenikmatan ahli dunia dengan dunia mereka, para isteri, dan harta-harta mereka.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Sesiapa yang kelazatan mempelajari ilmu dan semangatnya tidak mampu mengalahkan kelazatan badan dan syahwatnya, maka dia tidak akan mencapai darjat orang yang berilmu selamanya. Apabila syahwatnya ada dalam belajar ilmu dan merasakan kelazatan dalam meraihnya, maka ia diharapkan akan termasuk dalam jajaran orang-orang yang berilmu.” (Miftah Daar As-Sa’aadah, 1 /142)

Ibnul Jauzi rahimahullah menceritakan pengalamannya. Beliau berkata dalam kitabnya Shaidul Khathir:

“Aku pernah merasakan manisnya menuntut ilmu. Juga mengalami banyak penderitaan, tapi bagi-ku, kemanisan menuntut ilmu itu melebihi manisnya madu. Kerana semuanya itu demi mendapatkan apa yang aku cari dan harapkan dari ilmu. Ketika masih muda dengan membawa roti kering, aku keluar untuk belajar hadis. Aku duduk di sungai Isa (salah satu sungai di Baghdad), kerana roti itu tidak dapat dimakan kecuali bersama air. Setiap kali aku makan sedikit, aku langsung minum air dari sungai tersebut (agar mudah menelannya). Pandangan cita-cita aku tidak melihat kecuali nikmatnya meraih ilmu pengetahuan. Hal tersebut berbuah pada diri-ku. Aku dikenal dengan banyaknya mendengar hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sejarah, dan adabnya, serta sejarah para sahabat dan tabi’in.”

Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ketika awal belajarnya, setiap hari membaca dua belas pelajaran kepada para gurunya lengkap dengan penjelasan dan pembetulannya. Iaitu dua pelajaran dalam kitab Al-Wasith, tiga pelajaran dalam kitab Al-Muhadzdzab, satu pelajaran pada kitab Al-Luma’ Ibnu Janniy, satu pelajaran dalam kitab Ishlahul-Mantiq (ilmu bahasa), satu pelajaran dalam ilmu sorof, satu pelajaran dalam Ushul Fiqh, satu pelajaran dalam Asmaur Rijal, dan satu pelajaran dalam ilmu Ushuluddin (‘Aqidah).

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Aku menguasai semua yang berkaitan dengan penjelasan-penjelasan kitab yang sulit, atau kalimat-kalimat yang sukar dan tata bahasanya. Allah memberikan barakah pada waktu-ku dan kesibukan aku serta membantu aku untuknya.”

Imam An-Nawawi tidak pernah menyia-nyiakan waktunya, sama ada di waktu malam atau siang, kecuali menyibukkan dirinya dengan ilmu. Hingga ketika beliau berjalan di jalanan, beliau mengulang-ulang ilmu yang telah dihafalnya, atau membaca buku yang ditela’ahnya sambil berjalan. Beliau melakukan hal ini selama enam tahun. Beliau tidak makan dalam sehari semalam kecuali satu kali, iaitu setelah solat Isya’ di waktu akhir. Dan beliau minum sekali di waktu sahur. (Semuanya beliau lakukan kerana kesibukannya dalam menuntut ilmu). (lihat: Tadzkiratul Hufazh oleh Adz-Dzahabi, 4/1472)

Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

“Imam Majduddin bin Taimiyah rahimahullah apabila beliau masuk tandas untuk membuang hajat, beliau berkata kepada orang-orang yang ada di sekitarnya, “Bacalah kitab ini dan angkatlah (keraskanlah) suaramu!” (iaitu agar beliau dapat mendengarnya dari dalam tandas).”

Ibnu Rajab rahimahullah berkata, “Hal tersebut menunjukkan kuatnya semangat dalam mempelajari ilmu dan meraihnya serta dalam menjaga waktunya.” (Dzailul Thabaqatil Hanabilah oleh Ibnu Rajab, 1/145)

Abu Bakar Khayyath An-Nahwi rahimahullah (seorang pakar Nahwu), menggunakan seluruh waktunya untuk membaca, bahkan ketika beliau berjalan. Terkadang beliau terperosok jatuh di lubang jalanan atau bertembung (berlanggar) dengan binatang (tunggangan) di jalan (kerana tenggelam dalam bacaannya).”

Kalau bukan dengan niat yang Ikhlas, cita-cita yang tinggi dan semangat membara  dalam menuntut ilmu, maka tidak mungkin akan kita dengarkan kisah-kisah luar biasa dari para ulama Salaf dalam menuntut ilmu.

Sesunguhnya menuntut ilmu Syar’i itu memerlukan antaranya: peringkat-peringkatnya seiring dengan keadaan kita; bermula dari yang ringkas, asas, dan mudah kemudian naik setingkat demi setingkat, ditancapkan di atas manhaj atau metode yang benar, adab dan dorongan semangat dengan mengambil pelajaran dari kisah-kisah para ulama dalam menuntut ilmu, adab terhadap guru, kesabaran, istiqamah, dan beberapa yang lainnya.

Inilah buku yang memberikan motivasi dan dorongan dalam menuntut ilmu syar’i, panduan, manhaj atau metode dalam menuntut ilmu, tahapan-tahapan ilmu yang wajib dipelajari, kitab yang wajib dirujuk, dipelajari, dan tahapannya, adab-adab sebagai penuntut ilmu, kisah-kisah menakjubkan dari para Ulama dalam belajar dan mengajar, sehingga menjadikan semangat belajar kita pun membara.

Di antara topik-topik yang dikupas oleh Syaikh (penulis) adalah:

1, Faktor-faktor penghalang Dalam Menuntut ilmu.

2, Contoh-contoh kesungguhan ulama dalam menuntut ilmu.

3, Adab-adab dalam menuntut ilmu.

4, Adab dalam majlis ilmu.

5, Pesanan penting dalam menuntut ilmu.

6, Hasad dengki dalam menuntut ilmu.

7, ilmu dan masjid.

8, Menuntut ilmu di Rumah.

9, Bergadang menuntut ilmu.

10, Sikap dan adab Penuntut ilmu bersama murid-muridnya, masyarakat, kitab, hafalan Al-Qur’an, percakapannya, ibadahnya, orang tuanya, dan selainnya.

11, Wasiat untuk penuntut ilmu.

12, Riwayat-riwayat tentang diskusi ulama salaf dalam hal ilmu.

Maka, tuntulah ilmu. Mu’adz B. Jabal radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Pelajarilah ilmu, kerana dengan mempelajarinya kerana Allah merupakan tanda takut terhadap-Nya, mencarinya adalah ibadah, menuntutnya adalah tasbih, membahaskannya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang belum mengetahui adalah sedekah, usaha memberikannya kepada yang berhak adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu adalah teman di saat sendirian dan rakan dalam kesepian.” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, m/s. 15 – Maktabah Daar al-Bayaan)

Dapatkanlah buku ini sebagai buah bimbingan dan pengobar semangat. Semoga kita beroleh ilmu yang bermanfaat. Selamat menela’ah. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net