Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dahsyatnya Neraka karya Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali

Dahsyatnya Neraka karya Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia (14/5)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 2.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dahsyatnya Neraka | Judul Asal (‘Arab): At-Takwif min An-Naar wa At-Ta’rif bihal Daar Al-Bawar |Penulis: Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 700gram | Muka Surat: 361m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Rasa takut terhadap siksa neraka mampu mencegah seseorang dari perbuatan dosa dan kemaksiatan. Allah Ta’ala berulang kali menyebutkan neraka dengan siksa dan pembalasan yang disediakan bagi musuh-musuh-Nya berserta makanan berduri, belenggu-belenggu, dan pelbagai kengerian lainnya yang terdapat di dalamnya. Buku ini mengajak kita untuk meningkatkan rasa takut kepada-Nya dengan berbekal ilmu, maklumat yang benar, ketaqwaan, dan amal-amal yang soleh.


Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyifatkan para hamba-Nya yang beriman lagi jujur dengan firman-Nya:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki mereka yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah, 2: 3)

Iman kepada yang ghaib adalah jambatan yang perlu dilalui oleh setiap manusia, sehingga ia dapat melepasi darajat haiwan (yang hanya mengetahui sebatas apa yang dijangkau oleh panca inderanya) menuju darjat manusia yang mengetahui bahawa kewujudan itu lebih besar dan lebih kompleks berbanding lingkup kecil lagi terbatas yang mampu dijangkau oleh panca indera.

 Allah ‘Azza wa Jalla  telah menjadikan pengetahuan tentang yang ghaib itu tertutup dari seluruh makhluk-Nya, termasuk para nabi dan rasul, serta menjadikannya sebagai kekhususan bagi-Nya, kecuali hal-hal yang di-perkenankan-Nya untuk disingkapkan bagi sebahagian nabi dan rasul-Nya. Hanya saja (kerana suatu hikmah dan kasih sayang dari-Nya) Dia telah menyingkap ghaib-Nya tentang kekacauan Hari Kiamat dan peristiwa ketika seluruh manusia berdiri di hadapan-Nya untuk dihisab dalam keadaan takut dan cemas atas nasib yang akan menimpanya.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ

“Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)-nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.” (Surah Al-Qari’ah, 101: 6-7)

Mereka berbahagia kerana mendapat pelbagai kebaikan Syurga dan bergelimang dalam pelbagai kenikmatannya. Allah Ta’ala berfirman:

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ

“Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Hawiyah itu? (Iaitu) api yang sangat panas.” (Surah Al-Qari’ah, 101: 8-11)

Mereka terombang-ambing di atas kobaran api Neraka Hawiyah, dipanggang dengan nyalanya yang sangat panas, dalam keadaan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Tujuan dari disingkapkan-nya sebahagian tabir yang menghalangi maklumat Hari Perhitungan antaranya adalah dalam rangka pendidikan dan tarhib (ancaman) atau targhib (motivasi). Antara tujuannya adalah membetulkan perilaku manusia dan meluruskan penyimpangannya agar berjalan di jalan yang benar atau jalan yang lurus yang menuntun kepada jalan-jalan kebenaran, kebaikan, keselamatan dan kedamaian. Sekaligus meninggalkan dan berasa takut dari jalan-jalan kesesatan yang menyimpang.

Manusia, dengan fitrah yang diciptakan Allah ‘Azza wa Jalla  padanya, mereka cenderung kepada hal-hal yang enak dan menyenangkan, serta menghindar dari hal-hal yang menyakitkan dan menakutkan. Setelah dia mengetahui apa yang telah disediakan Allah untuk orang-orang Mukmin yang jujur di Syurga berupa kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar dek telinga, dan tidak pernah terlintas di hati manusia, maka keinginannya itu menjadi semakin kuat untuk mendapatkannya.

Lalu manusia pun akan berusaha dengan sungguh-sungguh dan tekun untuk mendapatkannya dengan jalan pengabdian, amal ibadah, taqwa, dan amal yang soleh. Sebaliknya, ketika dia mengetahui pelbagai pemandangan adzab neraka dan apa yang dinanti oleh orang-orang kafir berupa proses siksaan yang menakutkan lagi mengerikan serta pelbagai bentuk siksaan, maka rasa takut akan menyerang hatinya dan dia akan sentiasa merasakan ketakutan dan kecemasan, sehingga perasaan tersebut membuatkan dia berhenti dari meniti jalan kekafiran dan kesesatan, serta kembali kepada jalan kebenaran.

Pengalaman dan kenyataan membuktikan bahawa tarhib (ancaman) itu lebih kuat daripada targhib (motivasi/galakkan), dan bahawa ancaman dengan pemukul dan tongkat itu lebih efektif dan bermanfaat berbanding bujukan dengan hadiah atau imbalan. Rasa takut terhadap pedihnya seksaan dapat mencegah seseorang dari berbuat dosa dan menempuh jalan kesesatan dan kerosakan, serta memaksanya untuk berperilaku baik di tengah-tengah masyarakat, dan kepatuhan yang sempurna dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Jadi, rasa takut kepada Allah adalah pangkal seluruh kebaikan di dunia dan akhirat. Dan sebaik-baik bekal perjalanan seseorang menuju Rabb-nya adalah taqwa dan amal soleh.

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) mengemukakan alasan penulisan buku ini, “Atas kehendak Allah, semoga buku ini menjadi cemeti bagi jiwa yang dapat menghindarkannya dari kesesatan dan kerosakannya, serta menjadi motivasi baginya untuk segera meraih keberuntungan dan kelurusannya.”

Hal tersebut sebagai ingatan kerana jiwa-jiwa manusia di zaman sekarang ini benar-benar telah rosak dan cenderung kepada kemalasan dan kelemahan, serta mentaati segala keinginan hawa nafsunya, tanpa ada rasa takut terhadap seksa Allah atau berharap pahala-Nya.

Penulis (Al-Hafiz Ibnu Rajab) membahagi buku ini menjadi tiga puluh bab dan lima puluh empat fasal. Tiga bab pertama berisikan peringatan agar waspada terhadap neraka, dan menjelaskan keadaan mereka yang takut kepadanya. Pada bab keempat, penulis mengisyaratkan bahawa tangisan kerana takut terhadap neraka dapat menyelamatkan darinya dan memohon perlindungan kepada Allah dari neraka rnenyebabkan terlindung darinya.

Pada tiga belas bab berikutnya (bab 5-17), penulis menuturkan tentang Jahannam dan tingkatan-tingkatannya, kerak-keraknya, sifatnya, dasamya, kedalamannya dan gejolaknya, kegelapan dan kehitamannya, panas dan dinginnya yang bersangatan, nyalaannya, kegeraman dan suara nyalanya, asap, bola api dan kobaran apinya, jurang dan gunungnya, sumurnya, penjaranya, mata airnya, sungainya, rantai-rantainya, belenggu-nya, seksanya, bebatuannya, ular dan kalajengking-kalajengkingnya.

Pada bab berikutnya (bab 18-24), penulis beralih kepada perbahasan tentang penghuni neraka. Beliau menuturkan tentang makanan, minuman dan pakaian mereka, besar tubuh, rupa mereka yang buruk, kepelbagaian ragam seksa mereka bersesuaian dengan amal-amal mereka, tangisan, desis nafas panjang mereka, jeritan, teriakan, doa mereka yang tidak akan pernah dikabulkan, seruan mereka kepada penghuni Syurga, dan seruan penghuni Syurga kepada mereka. Lalu penulis menyelesaikan perbahasannya tentang mereka dengan menuturkan para penjaga Neraka Jahannam dan malaikat-malaikat Zabaniyah yang ditugaskan unluk menyeksa mereka.

Pada bab kedua puluh lima, penulis berbicara tentang kedatangan neraka pada Hari Kiamat dan keluarnya satu leher darinya yang dapat berbicara, “Aku telah ditugaskan untuk menyeksa setiap orang sombong lagi keras kepala, orang yang menjadikan sesembahan lain di samping Allah, dan orang yang membunuh jiwa tanpa alasan yang benar.”

Pada bab kedua puluh enam, penulis berbicara tentang pemasangan Shirath (titian) di atas permukaan Jahannam, dan melintasnya ahli tauhid di atasnya mengikuti kadar amal mereka. Ada yang selamat, ada yang ter-koyak tapi dilepaskan, dan ada yang terhumban ke dalam neraka.

Pada bab kedua puluh tujuh, penulis menerangkan secara terperinci tentang makna mendatangi neraka, apakah mendatangi tersebut merujuk erti memasukinya dan menghadapi penderitaannya, ataukah mendatangi dalam erti melihat dan menyaksikannya?

Pada bab kedua puluh delapan, penulis menerangkan tentang keadaan ahli tauhid di neraka dan keluarnya mereka darinya berkat rahmat Allah Yang Maha Pengasih.

Akhirnya, penulis menutup babnya dengan dua bab, iaitu bab ke-dua puluh sembilan dan bab ketiga puluh. Penulis membentangkan tentang majoriti penghuni neraka, sifat-sifat, golongan-golongan mereka, dan tingkatan-tingkatan kedudukan mereka. Penulis juga menuturkan tentang orang pertama yang masuk neraka dari ahli tauhid yang derhaka. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Inilah Kitab yang membahas secara terperinci tentang dahsyatnya seksaan di neraka, yang dapat menjadi gugatan untuk kita agar bersegera beramal soleh sedaya-upaya kita dan menjauhi segala bentuk maksiat dosa semuanya tanpa terkecuali sebagai bekal kita menghadap Allah ‘Azza wa Jalla kelak di Yaumul Hisab.

Dalam Buku edisi terjemahan ini, hadis-hadis Nabi yang terdapat didalamnya telah  dinisbatkan kepada sumber-sumbernya, lalu dijelaskan pula darjat kesahihannya. Semua itu dilakukan dengan berpedomankan pada kitab-kitab Sunnah, tulisan-tulisan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah, takhrij hadis yang dilakukan Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Arna’uth dan lainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net