Judul: Amalan di Malam & Hari Juma’at Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 63 m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Dari Abi Lubaabah bin ‘Abdil Mundzir radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ وَلَا سَمَاءٍ وَلَا أَرْضٍ وَلَا رِيَاحٍ وَلَا جِبَالٍ وَلَا بَحْرٍ إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
“Sesungguhnya hari Juma’at adalah Sayyidul Ayyam (penghulu hari), dan merupakan hari yang agung di sisi Allah. Ia lebih agung berbanding hari ‘Iedul Adh-ha dan ‘Iedul Fithri. Pada hari Juma’at ada lima perkara:
1, Allah menciptakan Adam pada hari Juma’at,
2, Allah menurunkan Adam ke bumi pada hari Juma’at,
3, Pada hari Juma’at Allah mewafatkan Adam,
4, Padanya akan terjadi As-Saa’ah (Kiamat),
5, Padanya ada satu saat di mana tidaklah seseorang hamba memohon sesuatu pada waktu tersebut melainkan Allah akan memaqbulkannya selagi mana bukan memohon sesuatu yang haram.
Pada hari Juma’atlah terjadinya hari Kiamat, tidak ada satu malaikat pun yang dekat dengan Allah, dan tidak pula langit, tidak pula bumi, tidak pula angin, dan tidak pula gunung-ganang dan lautan, melainkan takut dengan hari Juma’at.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1074)
Dari Abu Muusa Al-Asy-‘ari, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَبْعَثُ الْأَيَّامَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى هَيْئَتِهَا، وَيَبْعَثُ الْجُمُعَةَ زَهْرَاءَ مُنِيرَةً، أَهْلُهَا يَحُفُّونَ بِهَا
“Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Ta’aala akan membangkitkan hari-hari pada hari Kiamat atas keadaannya, dan Allah membangkitkan hari Juma’at dengan cahaya berkilauan, menyinari orang-orang yang sentiasa meng-agungkan hari Juma’at, lalu mereka pun mengelilinginya...” (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1730. Syu’abul Iman, no. 2779)
Untuk menyelami lebih dalam lagi tentang keistimewaan dan keutamaan hari Juma’at, serta sunnah-sunnah dan amalan-amalan di hari Juma’at, insyaAllah ia diperincikan melalui buku edisi poket ini. Mudah difahami, sangat sesuai diamalkan kandungannya, dan mudah difahami.