Judul: Tuntunan Manasik Haji & Umrah | Judul Asal ('Arab): Daliilul Hajji wal ‘Umrati Al-Mushawwar | Penulis: Abu Muhammad ‘Abdurrahman Asy-Syafi’i | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 100g | Muka Surat: 112/s. (Soft Cover)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu (bagi) orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Dan sesiapa yang mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 97)
Ibadah haji adalah salah satu dari rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya, iaitu telah Islam, berakal, baligh, merdeka, dan memiliki kemampuan. Ibadah haji memiliki kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah. Demikianlah juga dengan ibadah ‘Umrah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
“Suatu ‘umrah ke suatu ‘umrah adalah kaffarah (penebus dosa) antara keduanya. Dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya melainkan Syurga.” (Shahih Muslim, no. 11349)
Dan bagi ibadah haji ini sudah tentu tidak akan dapat dilaksanakan dengan benar melainkan dengan ilmu yang benar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sunnah-sunnah beliau. Iaitu sebagaimana beliau melaksanakan manasiknya, dan beliau memerintahkan agar kita berhaji sebagaimana beliau melaksanakannya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersaba:
لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ
“Ambillah (contohilah) dariku tata cara perlaksanaan ibadah haji kalian.” (Shahih Muslim, no. 51, 1297)
Maka atas dasar ini, kami berusaha mengedarkan buku ini dalam rangka menyemarakkan ilmu-ilmu yang benar berkaitan haji dan ‘umrah. Di dalamnya terdapat maklumat bermanfaat yang mudah dicerna oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengabaikan aspek-aspek ilmiyah penjelasan. Buku ini membentangkan tuntunan dan bimbingan haji dan ‘umrah berserta dengan gambar-gambar berwarna sebagai bantuan pemahaman. Perbahasan buku ini antaranya dimulakan dengan persiapan sebelum memulakan ibadah (haji dan ‘umrah), asas-asas ilmu tentang perlaksanaan ‘umrah, jenis-jenis manasik, ihram, larangan-larangan ihram, tata cara ‘umrah, ketika sampai di Makkah, thawaf dan istislaam, sekitar maqam Ibrahim dan air zam-zam, sa’i dan tahallul, kemudian tentang perlaksanaan haji, sampailah selesai berserta dengan adab-adab ziarah, mengunjungi masjid Nabawi, doa-doa dan dzikir-dzikir berkaitan.
Semoga bermanfaat.