Judul: Mukhtashar Shaidul Khathir, Untaian Renungan Penuh Hikmah | Judul Asal ('Arab): Mukhtashar Shoidul Khaathir | Penulis Asal: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Diringkas oleh: Dr. Ahmad bin Utsman Al-Mazyad | Penerbit: Darul Haq | Berat: 250g | Muka Surat: 230m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Tugas seorang mukmin dalam kehidupan dunia ini adalah mengabdikan diri kepada Pencipta-nya dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya. Namun, tujuan utama ini seringkali terabai dan terlupakan disebabkan hiruk-pikuk dan silau gemerlapan dunia. Maka dari itu, sangat diperlukan sekali nasihat, bimbingan, dan panduan yang mampu mengingatkan kita akan makna hakiki dari kehidupan ini.
Dan di antara buah karya para ulama yang sangat mengkagumkan dalam hal ini adalah buku Shaidul Khathir, yang ditulis oleh seorang tokoh ulama terkenal yang dikenal ahli dalam bidang memberi nasihat, iaitu Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Dan buku yang berada di hadapan anda ini adalah edisi ringkasan dan intisari dari kitab asal beliau.
Dalam buku ini, beliau menjelaskan tentang rahsia-rahsia dan makna-makna dari kehidupan ini; bagaimana seharusnya cara pandang dan sikap seorang muslim terhadap diri, persekitaran, orang-orang yang ada di sekeliling, dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya, pentingnya kesedaran diri, cara menjauhkan diri dari kelalaian, cara menundukkan hawa nafsu, sebab-sebab keresahan jiwa, mengatasi kegundahan hati, dan beberapa tema-tema lainnya yang akan lebih memperhalusi letak duduk pengabdian kita terhadap Allah seraya membangun jiwa kita sehingga kita dapat membentuk peribadi bertaqwa.
Selain itu, dalam buku ini dibahaskan sama tentang akhlak, adab, etika, pergaulan, tunjuk-ajar, dan nasihat-nasihat berharga dalam mengatur kehidupan yang ditujukan kepada pelbagai lapisan kelompok masyarakat baik kaum lelaki, wanita, suami, isteri, pendidik, penceramah, penuntut ilmu, atau yang selainnya.
Untaian nasihat dan pesan di dalamnya sangat bernilai dan menyentuh qalbu, yang semuanya merupakan buah pemikiran dan perenungan yang sangat mendalam dari penulisnya, bahkan sebahagiannya merupakan pengalaman peribadi beliau (Ibnul Jauzi).
Semoga buku ini menjadi bekal bermanfaat dalam membimbing kita semua menuju peribadi bertaqwa.