Judul: Sifat Puasa Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 78g | Muka Surat: 64 m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku ini memberikan penjelasan ringkas mengenai jenis dan bentuk-bentuk puasa sunnah yang dilakukan, diamalkan, serta dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sama ada secara umum mahupun khusus. Risalah ini juga turut disertakan fatwa-fatwa tanya-jawab sekitar persoalan penting puasa-puasa sunnah yang sering menjadi isu dan keragu-raguan dalam kalangan masyarakat.
InsyaAllah ini termasuk buku yang baik dan ringkas dalam rangka menjelaskan hakikat sebenar tentang puasa-puasa sunnah Rasulullah, bahan dakwah ke dalam kalangan masyarakat, dan dalam rangka untuk menghidupkan sunnah yang sahih.
Dengan saiznya yang kecil, iaitu termasuk saiz poket, insyaAllah ia mudah dibawa ke mana-mana, mudah disebarkan, praktikal, baik sebagai hadiah dan untuk nota.