Judul: Ringkasan Kaidah-kaidah Bahasa Arab | Judul Asal (‘Arab): Muhtaaraat Qowaa’id Al-Lughatul ‘Arabiyyah | Penulis: Ustaz Aunur Rafiq bin Ghufron | Penerbit: Pustaka Al-Furqon | Berat: 300g | Muka Surat: 165m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir, “Bahasa ‘Arab adalah bahasa yang paling fasih dan paling jelas, paling luas, dan paling banyak dalam menyampaikan makna-maknanya, serta dapat menenangkan jiwa. Oleh kerana itu-lah, kitab yang paling mulia (Al-Qur’an) diturunkan dalam bahasa ‘Arab yang mulia.” (Tafsir Ibn Katsir, 2/511)
Maka, marilah kita pelajari bahasa ‘Arab. Iaitu bahasa Al-Qur’an dan bahasa Nabi bersama para sahabatnya. Bahasa yang menjadi pintu untuk menguasai rahsia-rahsia wahyu dan memahami agama dengan lebih baik.
Bahasa ‘Arab tidak mudah untuk dikuasai melainkan bagi mereka yang gigih dan memiliki semangat yang kental. Para penuntut ilmu yang mempelajarinya perlu faham dan menghafal kaedah-kaedah penting guna menguasai bahasa ‘Arab ke peringkat yang tinggi. Selain sentiasa memohon pertolongan kepada Allah dan mendapat bimbingan para guru, para pelajar bahasa ‘Arab perlu membiasakan menuturkannya bersama sahabat-sahabat di sekitar.
Kitab ini adalah salah satu kitab Qowa’idul Lughah (kaedah-kaedah bahasa) yang digunakan untuk silibus pengajian bahasa Arab di Ma’had Al-Furqon Al-Islami tingkat Tsanawiyah atau yang setahap dengannya. InsyaAllah ia termasuk salah satu kitab ringkasan kaedah-kaedah penting bahasa ‘Arab yang menjadi modul dan panduan pengajaran serta pembelajaran bahasa ‘Arab. Sesuai untuk pengajian agar mampu membaca dan menterjemahkan kitab-kitab berbahasa ‘Arab tanpa baris, namun tidak sesuai untuk silibus komunikasi.
Kitab ini disusun dengan memulakan pengenalan terhadap isim, fi’il dan kaedah-kaedah shorof (pembentukan kata dan pengubahannya), dengan harapan apabila ini dapat difahami, para pelajar akan mampu naik setingkat kepada cara penyusunan kata atau i’rob. Kemudian disudahi dengan kaedah-kaedah nahwu, dan ilmu tashrif.
Semoga berjaya.