Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum, Terjemahan Syarah Al-Muharrar fil Hadits

Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum, Terjemahan Syarah Al-Muharrar fil Hadits
Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum, Terjemahan Syarah Al-Muharrar fil Hadits Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum, Terjemahan Syarah Al-Muharrar fil Hadits
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 7.3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM115.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum | Judul Asal (Arab): Al-Muharrar fil Hadiits | Penulis: Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin ‘Abdul Hadi Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 744H) | Tahqiq & Syarah: ‘Abdul Mannan bin ‘Abdul Lathif Al-Madani | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.9kg | Muka Surat: 1506m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Penulis, masyhur dan dikenal dengan nama Imam Ibn ‘Abdul Hadi, lahir pada tahun 705H. Beliau adalah seorang ulama yang berpengalaman walau umurnya tidaklah panjang, iaitu 40 tahun. Beliau terkenal sebagai penganalisa yang hebat, ulama yang manpan dalam ilmunya, cerdas, dan memiliki fiqh yang bagus.

Di antara barisan guru-guru beliau yang utama adalah dari kalangan ulama hebat seperti Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah (Wafat: 728H), Al-Hafiz Al-Mizzi (Wafat: 742H), dan Al-Hafiz Adz-Dzahabi (Wafat: 748H).

Kata Imam Adz-Dzahabi yang juga guru beliau:

“Imam Ibn ‘Abdil Hadi adalah seorang ulama yang tiada duanya, seorang hafiz (penghafal hadis) yang luas ilmunya, penganalisa para rawi hadis, memahami ‘illat (cacat-cacat) dalam periwayatan hadis, seorang yang mahir, suka menghimpun dan mengambil faedah, sibuk menghabiskan waktunya untuk menela’ah, mengkaji hadis, mendalami fiqh, ushul fiqh, dan ilmu nahwu. Bahkan beliau memiliki ilmu yang luas dan pemikiran yang genius.” (Adz-Dzahabi, Tazdzkiratul Huffaz, 4/201-202)

Kata salah seorang ulama antara yang sebaris dengan beliau, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

“Ibn ‘Abdil Hadi adalah seorang imam yang mulia, banyak ilmunya, pintar, manpan dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau bahkan telah memperolehi banyak sekali ilmu yang belum mampu digapai oleh para ulama terkemuka. Beliau mahir dalam ilmu hadis, nahwu, shorof, fiqh, tafsir, ushul fiqh, tarikh (sejarah), dan qira’at. Beliau juga memiliki banyak karya tulis dan catatan yang mengandungi faedah yang melimpah. Beliau mampu menghafal nama-nama perawi hadis dengan baik, menguasai selok-belok sanad hadis, menguasai ilmu Al-Jarhu wa at-Ta’dil dan ‘illat (cacat-cacat) hadis, faqih, bagus hafalannya, dan fikirannya lurus.” (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa An-Nihayah, 18/467)

Kata Ibnu Katsir juga, “Beliau memiliki pemahaman yang benar, teguh di atas jalan salaf, mengikuti al-Qur’an dan As-Sunnah, serta banyak amal kebaikannya.” (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa An-Nihayah, 18/467)

Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata, “Ibn ‘Abdil Hadi telah menggoreskan tintanya dengan hasil tulisan yang bagus, teliti, dan banyak. Beliau juga telah menyusun pelbagai karya tulis, sebahagiannya telah tersusun lengkap sempurna, manakala sebahagian lagi belum sempat disiapkan kerana terhalang oleh kematiannya di usia yang cukup muda pada umur 40 tahun.”

Ketika hari kewafatannya, Al-Hafiz Adz-Dzahabi menangisinya seraya berkata, “Tidaklah aku berkumpul bersama dengannya melainkan pasti aku mengambil faedah (ilmu) daripadanya, semoga Allah merahmatinya.” (Tadzkiratul Huffaz, 5/32)

Kitab Ini... (Al-Muharrar karya Imam Ibn ‘Abdil Hadi)

Kitab ini berjudul Al-Muharrar fil Ahkam, manakala sebahagian lagi menyatakan judulnya adalah, Al-Muharrar fil Hadiits. Dikenal dengan sebutan “Al-Muharrar” oleh para ulama yang menulis biografi beliau seperti Al-Hafiz Ibnu Rejab, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, As-Suyuthi, dan Asy-Syaukani rahimahumullaah.

Kitab ini adalah sebuah kitab fiqh hadis yang mudah dan ringkas. Methodenya santai, dan mudah dituai faedahnya oleh pelbagai lapisan masyarakat, baik dari kalangan awam, penuntut ilmu, apatah lagi para ulama.

Penulis menyusun kitab-kitab, bab-bab, dan hadis-hadisnya sesuai dengan urutan fiqh untuk memudahkan para pembaca ketika membuat telahan, penelitian, dan semakkan.

Penulis menjelaskan kedudukan hadis-hadisnya sama ada sahih, hasan, atau dha’if dengan ketetapan para ulama yang kredibel. Dan adakalanya beliau membahasnya secara ilmiah. Penulis menyebutkan ‘illat hadis jika ada berserta masalah sanadnya jika perlu.

Hadis-hadis yang penulis himpun dan bahaskan dalam kitab ini berasal dari perbendaharaan kitab-kitab hadis yang masyhur seperti Musnad Ahmad, Ash-Shahihain (Al-Bukhari dan Muslim), kitab-kitab Sunan yang empat, Shahih Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Al-Mustadrak karya Al-Hakim, As-Sunan Al-Kubra oleh An-Nasaa’i, dan Al-Baihaqi, serta yang lainnya. Dan ini ditegaskan sendiri oleh penulis (Imam Ibn ‘Abdil Hadi) pada mukaddimahnya.

Kebanyakan bab di-awali dengan hadis yang terdapat dalam Ash-Shahihain atau salah satu dari keduanya, kemudian diikuti dengan hadis-hadis yang terdapat dalam As-Sunan atau selainnya, agar hadis-hadis sahih tersebut menjadi pedoman utama dalam sesebuah bab, manakala hadis-hadis yang lainnya bersifat sebagai pendukung dan pelengkap.

Penulis menyebutkan hadis-hadis sahih bagi setiap permasalahan, apabila ternyata tidak didapati hal tersebut, maka penulis mengambil dalil dari atsar (riwayat atau fatwa-fatwa dari kalangan sahabat).

Apabila ada hadis yang memiliki riwayat yang lain atau penguat maka penulis akan memberi isyarat secara langsung atau tidak langsung. Dengan begini, maka banyak sekali faedah yang terhimpun di dalamnya.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh dan hadis secara umum, kitab ini dimulakan dengan perbahasan tentang thaharah seperti bab: air, bejana, siwak, mandi, wudhu’, tayammum, hadats, haidh, dan lainnya. Kemudian bab solat, bab jenazah, zakat, haji, buruan dan sembelihan, makanan dan minuman, nadzar, jual-beli, rampasan dan syuf’ah, fara’id dan wala’, memerdekakan hamba, kitab nikah, thalaq, ila’ dan zhihar, sumpah, li’an, ‘iddah, radha’ (penyusuan), hadhonah (asuhan anak-anak), kitab nafkah, hutang, diyat, hukum had/hudud, ta’dzir, qadha’ (perundangan dan kehakiman), persaksian, jami’, dan diakhiri atau ditutup dengan kitab (perbahasan) tentang perubatan (ath-Thib).

Disebabkan methode himpunan hadis-hadisnya yang memiliki kemanfaatan yang besar, Universiti Islam di Madinah telah menetapkannya sebagai teks atau matan hadis yang perlu dihafal oleh para pelajarnya. Demikian juga Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) yang merupakan tokoh hadis kontemporari, beliau turut mewasiatkan agar para penuntut ilmu menghafalkannya.

Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan kitab ini, ia akan menambahkan lagi manfaat dan khazanah ilmiyah buat masyarakat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net