Judul: Buku Poket Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 78g | Muka Surat: 64 m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku bimbingan bersaiz poket ini adalah risalah panduan yang mudah dan ringkas. Ia memandu para pembaca bagaimana melaksanakan solat-solat sunnah rawatib. Ia menjelaskan kepelbagaian solat-solat sunnah rawatib, keutamaan, solat rawatib yang paling ditekankan, solat sunnah rawatib setelah Juma'at, waktu-waktu solat sunnah rawatib, mengqadha' solat sunnah rawatib, jarak di antara solat sunnah rawatib dengan solat fardhu, hukum solat sunnah sebaik iqamah dikumandangkan, hukum solat sunnah rawatib ketika sedang musafir, serta beberapa lagi yang lainnya termasuk adab dan tatacara perlansanaannya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku bersaiz poket ini adalah di antara buku yang sangat praktikal, mudah, ringkas, padat, mudah dibawa ke mana-mana, mudah difahami, dan mudah dihafal. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya sebagai bekalan dan rujukan dalam perkara yang berkaitan dalam apa jua keadaan dan di mana-mana jua, insyaAllah.. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah, cenderamata, dan risalah sebaran...