Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Tuntunan Berselawat Kepada Nabi Muhammad

Buku Poket Tuntunan Berselawat Kepada Nabi Muhammad
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15.1 x 10.6 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM6.00

50 or more RM3.75
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuntunan Berselawat Kepada Nabi Muhammad | Judul Asal (Arab): Ash-Sholaatu ‘alan Nabiyyi Muhammadin Shollallaahu ‘alaihi wa Sallama Ma’naahaa ma waathihuhaa, Tsamaraatuhaa | Penulis: Nurah Bintu Muhammad As-Sa’id | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 100g | Muka Surat: 89m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

والمقصود من هذه الآية: أن الله سبحانه أخبر عباده بمنزلة عبده ونبيه عنده في الملأ الأعلى، بأنه يثني عليه عند الملائكة المقربين، وأن الملائكة تصلي عليه. ثم أمر تعالى أهل العالم السفلي بالصلاة والتسليم عليه، ليجتمع الثناء عليه من أهل العالمين العلوي والسفلي جميعا

“Maksud daripada ayat ini: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan kepada para hamba-Nya tentang kedudukan hamba dan Nabi-Nya di sisi-Nya di alam yang tinggi, iaitu Allah memujinya di sisi para malaikat al-muqarrabin (yang dekat dengan Allah) dan bahawasanya para malaikat pun berselawat kepadanya. Maka Allah Ta’ala memerintahkan penduduk alam bawah (bumi) supaya mengucapkan selawat dan salam kepadanya agar pujian di antara penduduk langit (alam atas) dengan bumi (alam bawah) sama-sama berlangsung secara keseluruhan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/457)

Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) berkata:

وروي عن سفيان الثوري وغير واحد من أهل العلم قالوا: صلاة الرب: الرحمة، وصلاة الملائكة: الاستغفار

Terjemahan: Sebuah riwayat daripada Sufyan ats-Tsauri dan para ahli ilmu selainnya berkata, “Selawat Allah adalah al-Rahmah, manakala selawat para malaikat adalah istighfar.” (Rujuk Sunan at-Tirmidzi, 2/306)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

وقال الحليمي في الشعب معنى الصلاة على النبي صلى الله عليه و سلم تعظيمه فمعنى قولنا اللهم صل على محمد عظم محمدا والمراد تعظيمه في الدنيا بإعلاء ذكره وإظهار دينه وابقاء شريعته وفي الآخرة باجزال مثوبته وتشفيعه في أمته وابداء فضيلته بالمقام المحمود وعلى هذا فالمراد بقوله تعالى صلوا عليه ادعوا ربكم بالصلاة عليه

“Al-Hulaimi berkata di dalam Kitab asy-Syu’ab (Syu’abul Iman): Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”,

Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).

Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna:

Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau.” (Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bari, 11/156)

Dari itu seterusnya, apakah rahsia sebenar di balik selawat ini? Apa hukum melafazkannya, dan apa makna selengkapnya yang seharusnya kita ketahui? Apa keutamaan-keutamaannya? Bagaimana untuk menggapainya? Apa kaifiyat dan tata caranya yang benar menurut sunnah? Sudah tepatkah apa yang kita fahami selama ini tentang selawat?

InsyaAllah semua ini dikupas dalam buku yang sederhana, tidak terlalu berat, namun tetap mengedepankan nilai-nilai ilmiyah dengan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah.

Buku ini menjabarkan kepada para pembaca tentang makna serta hukum dan tata cara selawat yang benar sebagaimana ditunjuk-ajarkan oleh Nabi, sifat selawatnya, keistimewaan selawat, fadhilat-fadhilat dan kelebihan berselawat, bolehkah berselawat kepada selain Nabi, waktu dan tempat-tempat dituntut agar berselawat, faedah-faedah selawat, dan beberapa lagi perbahasan lainnya yang berkaitan dengan selawat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net