Judul: Buku Poket Tuntunan Menggapai Keluarga Sakinah | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Keluarga adalah antara elemen terkecil dan paling asas yang membentuk masyarakat, yang secara umumnya terdiri dari suami, isteri, dan anak-anak. Mereka biasanya menempati uatu rumah yang dipimpin oleh sang suami, atau ayah dari anak-anak mereka.
Keharmonian rumah-tangga tidak hanya berteraskan hubungan seorang suami dengan isterinya, akan tetapi mencakup hubungan dengan setiap anggota keluarga mereka.
Namun, yang amat membimbangkan dan sering menimbulkan konflik dan permasalahan adalah apabila setiap pasangan suami isteri atau sesebuah keluarga itu membina keharmonian sesama mereka dengan cara tersendiri dan melupakan keharmonian yang berteraskan petunjuk agama yang syar’i.
Sedangkan kalau ditelusuri secara saksama dan teliti, Islam telah mengatur dan memberi tunjuk ajar dalam persoalan ini secara sempurna. Pelbagai permasalahan kekeluargaan dan hubungan suami isteri dapat diatasi dan ditangani secara baik. Dan keharmonian pun dapat dibina dengan sejahtera dan bahagia. Agama pun mampu tertegak melaluinya, isya Allah.
Melalui risalah sederhana ini, insyaAllah akan dikongsikan sebuah perbahasan tentang hakikat keharmonian rumah tangga dengan memberi fokus kepada skop dan judul-judul seperti:
1, Hikmah, rahsia, dan manfaat di balik doa pengantin.
2, Menyelusuri rahsia pelajaran dari Surah Ar-Ruum, 30: 21.
3, Maksud harmoni dan kebaikan di sisi Islam.
4, Sunnah-sunnah yang menguncah bahagia hidup berkeluarga.
5, Memahami erti barakah.
6, Tidak meremehkan kebaikan walaupun sedikit.
7, Rahsia memilih isteri.
8, Mendidik isteri dan keluarga.
9, dan beberapa lainnya.
Buku bersaiz poket dan sederhana ini amat sesuai dijadikan sebagai bacaan ringan, hadiah, door gift, sebaran umum, risalah dakwah, serta sebagai nota keluarga.
Semog bermanfaat.