Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Fatwa Syaikh Al-Albani

Ensiklopedi Fatwa Syaikh Al-Albani
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.3 x 5.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM110.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Fatwa Syaikh Al-Albani | Judul Asal (Arab): Taujiihu As-Saari Likhtiyaaraat Al-Fiqhiyyah lisy Syaikh Al-Albani (Majmu Fataawaa Al-‘Allamah Al-Albani) | Penulis/Penyusun: Syaikh Mahmud Ahmad Rasyid & Syaikh Abu Sanad Muhammad | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 993m/s. (Hard cover) [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Kehidupan masyarakat pada ketika ini sangat memerlukan penyelesaian yang tepat dan jelas secara syari dalam menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang sering-kali timbul di tengah-tengah masyarakat. Maka dari itu, fatwa-fatwa para ulama’ sangat memainkan peranan penting dalam memberikan bimbingan umum ataupun sebagai petunjuk untuk dijadikan sebagai rujukan dalam merungkai kepelbagaian dan kemajmukan permasalahan hidup ini.
 
Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia (himpunan) fatwa salah seorang tokoh hadis dari kalangan ulama ahlus sunnah wal-jamaah yang terkemuka abad ini. Kepakaran beliau tidak lagi diragukan bahkan mendapat pengiktirafan kawan dan lawan. Hasil-hasil kajian dan penelitian Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) dalam bidang hadis, aqidah, mahupun fiqh sentiasa segar menjadi rujukan umat Islam baik di peringkat pemula mahupun para ilmuan tersohor. Dan hal ini turut diperakui oleh tokoh pengkaji hadis dari India, Dr. Muhammad Mustafa Al-A’dzami yang mana Syaikh Al-Albani amat membantu dalam mendapatkan dan meneliti manuskrip-manuskrip hadis yang sukar ditemui dan difahami.
 
Kemudian, kritikan-kritikan beliau sering membuat takut para musuh dari kalangan ahli bathil dan ahli bidah. Ini antaranya sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh rahimahullah. Kata beliau, “Syaikh Al-Albani adalah Ahli Sunnah, pembela kebenaran, dan musuh yang menghujat para pengikut kebathilan.” (Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib, jilid 1 (Mukaddimah))
 
Kemudian, hasil takhrij dan tahqiq beliau dalam ilmu hadis telah membuka jalan sehingga memudahkan para penuntut ilmu dalam bidang tersebut. Sekaligus beliau juga turut menjadi rujukan dan ikutan dari kalangan para ulama hadis lainnya di masa beliau. Seorang ulama hadis, Syaikh ‘Abdush Shomad Syarafuddin, pentahqiq dan peneliti manuskrip Kitab Sunan Al-Kubra karya Imam An-Nasaai rahimahullah. Beliau telah menulis surat kepada Syaikh Al-Albani rahimahullah seperti berikut:
 
“Telah sampai sepucuk surat kepada Syaikh ‘Ubaidullah Ar-Rahmani, ketua Jami’ah As-Salafiyah (Universiti As-Salafiyah) dan penulis Mir’aah Al-Mafaatih Syarah Misykah Al-Mashahib sebuah pertanyaan dari lembaga fatwa Riyadh Saudi Arabia tentang hadis yang sangat aneh lafaznya, agung maknanya, dan memiliki hubungan erat dengan zaman kita. Maka, seluruh ulama di sini semua bersepakat untuk mengajukan pertanyaan tersebut kepada seorang ahli hadis yang paling besar abad ini, iaitu Syaikh Al-Albani rahimahullah, ‘alim Rabbani.” (Muhammad bin Ibrahim ays Syaibani, Hayatul Albani, 2/67)
 
Syaikh Al-Albani rahimahullah, karya beliau dalam bidang hadis cukup dikenali dan tersebar ke serata dunia. Karya-karya beliau dalam pelbagai lapangan ilmu mencecah lebih 200 buah dari yang kecil sampailah yang berjilid-jilid tebalnya. Semakkan dan hasil penelitian beliau ke atas kutubus sittah (6 kitab hadis yang utama) telah membuat masyarakat terjaga dari tidur. Bidang kajian hadis kembali dihidupkan di zaman ini. Seruan beliau agar masyarakat kembali kepada sunnah Rasulullah yang sahih disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat umat Islam dari seluruh dunia.
 
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani (rahimahullah), beliau seorang tokoh ulama abad ini yang menghabiskan hampir seluruh umurnya demi ilmu-ilmu agama yang syar’i terutamanya di bidang kajian dan penelitian hadis. Masanya dipenuhi duduk di perpustakaan dan juga kerja-kerja mengkaji manuskrip, meneliti, membaca, dan menulis kitab-kitab bermanfaat untuk agama dan ummat.
 
Syaikh Muhibbuddin Al-Khathib rahimahullah mengatakan:
 
“Di antara para da’i kepada as-Sunnah, yang menghabiskan hidupnya demi bekerja keras untuk menghidupkannya adalah saudara kami Abu ‘Abdurrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh Najati Al-Albani.” (Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib, jilid 1 (Mukaddimah))
 
Syaikh Al-Albani, seorang tokoh tersohor dan diperakui keilmuannya oleh pelbagai kalangan ulama sezaman dan setelahnya. Apabila berhujah, sunnah-sunnah Rasulullah serta atsar-atsar salaf sentiasa menjadi hujah dukungan beliau. Demikianlah Allah mengurniakan kepada kita seorang ulama yang teguh manhajnya di atas sunnah dan jalan para salaf. Walhamdulillah, banyak sekali pujian para ulama ke atas beliau. Antaranya:
 
Syaikh Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz rahimahullah pernah mengatakan:
 
“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun di atas bumi ini yang lebih alim dalam bidang hadis pada masa sekarang yang menandingi Syaikh al-Albani rahimahullah.” (Majalah Ash-Shalah (Jordan), th. 4, Edisi 23 Sya’ban 1420H, m/s. 76)
 
Malah beliau turut mengungkapkan, “Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani adalah mujaddid zaman ini menurut jangkaanku, wallahu a’lam.”
 
Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah pula mengungkapkan tentang Syaikh Al-Albani, “Beliau adalah ahli hadis negeri Syam, pemilik ilmu yang sangat luas tentang hadis secara riwayah dan dirayah. Allah Ta’ala menganugerahkan manfaat yang banyak kepada manusia melalui karya-karya ilmiyahnya berupa ilmu dan dorongan mempelajari ilmu hadis.” (Muhammad bin Ibrahim ays-Syaibani, Hayatul Albani, 2/543)
 
Beliau juga mengatakan, “Aku belum pernah mendapati ada seorang pun yang menandinginya di zaman ini.” (Kaset Majalis Huda wa Nur Aljazair, no. 4 – bertarikh: 9 Rabi’ul Awwal 1420H)
 
Demikian juga yang diungkapkan oleh Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullah, seorang ulama hadis di Madinah dan guru di masjid Nabi pada masa ini. Beliau mengatakan, “Aku tidak menjumpai orang pada abad ini yang menandingi kedalaman penelitian hadis Syaikh Al-Albani.” (Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah, m/s. 35-36)

Kemudian Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, seorang tokoh ulama hadis dari negeri Yaman juga turut mengatakan tentang Syaikh Al-Albani rahimahullah. Kata beliau:

“Demikian pula dalam bidang hadis, orang yang paling menguasai ilmunya di zaman ini adalah Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani hafidzohullaahu Ta’aala. Kerana itu kami menganjurkan kepada seluruh penuntut ilmu untuk memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kitab-kitab beliau dan mengambil faedah darinya. Dan mana-mana maktabah (perpustakaan) yang di dalamnya tidak terdapat kitab Syaikh Nashiruddin Al-Albani maka perpustakaan tersebut termasuk perpustakaan yang miskin. Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan atas usaha beliau untuk Islam dan kaum muslimin.” (Ijaabatus Saa’il ‘alaa Ahammil Masaa’il, m/s. 560, no. 318 – Cet. 2, Daar Al-Haramain (Qaahirah))

Subhanallah, demikialanh... Dari itu, sudah tentu pelbagai nasihat, fatwa-fatwa beliau, dan pendapat-pendapat beliau wajar dijadikan sebagai antara rujukan penting dalam pelbagai permalasahan di masa ini. Masyarakat awam sudah tentu memerlukan pelbagai bentuk rujukan dan solusi atas pelbagai jenis permalasahan yang mereka hadapi baik dalam soal aqidah, fiqh, ibadah, mu’amalah, hadis, sehinggalah ke isu-isu kontemporari lainnya.
 
Dari itu-lah maka di dalam buku ini, fatwa-fatwa beliau dalam pelbagai lapangan ilmu syar’i dan cabang-cabang agama dihimpunkan demi membantu dan memudahkan pelbagai kalangan masyarakat yang awam khasnya. Pendapat beliau begitu luas sehingga mencakupi pelbagai kaedah dan bimbingan penyelesaian yang mantap, tuntas dan syari terhadap pelbagai jenis permasalahan, InsyaAllah. Maka buku ini termasuk usaha yang baik dan semoga membuahkan manfaat yang besar buat umat yang mendambakan solusi-solusi umum yang penting dalam agama mereka. Semoga buku ini mampu membantu dan mendorong para pembaca untuk lebih dekat kepada agama yang benar serta membuka jalan yang mungkin sebelum ini kelihatan atau dirasakan sempit dan tertutup. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net