Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik

Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik
Terbitan: Too Bagus
Product Code: TooBagus (10(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17.3 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kerajaan Arab Saudi; Sejarah, Dakwah, dan Politik | Judul Asal (Arab): Disarikan dari 3 buah kitab | Penulis: Syaikh Abdullah Al-Utsaimin, Syaikh Muhammad dan Ahmad B. Umar B. Salim Bazmul hafidzahumullaah | Penerbit: TooBagus | Berat: 550g | Muka Surat: 197m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


‘Arab Saudi, di sini terletaknya dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah dua tempat yang barakah dan memiliki keutamaan yang besar, di negara ini terletaknya kiblat kaum muslimin, tempat yang kaum musyrikin diusir darinya, menjadi tempat kunjungan umat Islam dari seluruh dunia saban tahun untuk beribadah (haji dan umrah), serta di dalamnya didiami oleh ramai ulama kaum muslimin.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda tentang Madinah:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

“Sesungguhnya, keimanan akan pergi berlindung ke dalam Madinah sebagaimana ular yang pergi berlindung ke dalam sarangnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1876. Kitab: Fadhail Al-Madinah)

Arab Saudi, di dalamnya menyimpan kisah-kisah dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum. Dan di dalamnya juga menyimpan kisah perjuangan dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab bersama-sama Dinasti Su’ud yang telah menyatukan wilayah-wilayah ‘arab yang berpecah-belah menjadi sebuah negara Tauhid, ‘Arab Saudi.

Kata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baaz rahimahullah:

“Dinasti Saudi, jazahumullaahu khayran, telah menolong dakwah ini. Mereka punya tangan yang panjang dalam membela kebenaran, jazahumullaahu khayran. Mereka telah membantu dan menolongnya. Kerana itu, wajib mencintai mereka agar terus mendapat taufiq, wajib mencintai mereka, wajib mencintai Syaikh Muhammad rahimahullah dan para pembelanya dari Dinasti Saudi dan yang lainnya. Wajib memintakan untuk mereka hidayah dan taufiq, menasihati mereka dan mendoakan para pendahulu mereka dengan kebaikan, petunjuk, keampunan, dan rahmat.”

Tokoh ulama hadis dari Yaman, Syaikh Muqbil B. Hadi rahimahullah berkata:

“Aku merasa takjub, ketika dibawa berubat ke Makkah. Ketika di Yaman, di depan pintu rumah selalu ada empat orang penjaga. Walaupun demikian, kita masih saja belum merasa aman di sana. Tidak di waktu siang, tidak juga di waktu malam.

Di Makkah, beberapa malam aku menginap di Hotel Daar Al-Azhar. Di sana, setiap kali aku tidur, lalu keluar di tengah-tengah malam ke Masjidil Haram dan sendirian, aku merasakan kenikmatan, kelapangan, dan kelazatan yang tiada tandingannya sama sekali. Keluar malam sendirian walhamdulillaah... pergi ke masjidil haram dan melakukan thawaf, solat serta duduk di sana selama yang aku ingini, setelah itu pulang ke rumah. Keadaan aman seperti itu yang tidak aku rasakan di negeriku sendiri, sebenarnya adalah kerana ke-istiqomahan mereka, pihak penguasa dan rakyat ‘Arab Saudi, mereka di atas Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Buku ini menghimpunkan tiga buah karya tulis berharga tentang Sejarah Saudi ‘Arabia dari konteks dakwah dan pembinaan negaranya, kemudian tulisan tentang Manhaj para ulamanya, serta kumpulan tulisan tentang pujian para ulama terhadap Saudi ‘Arabia.

Tulisan pertama adalah milik Dr. ‘Abdullah Soleh Al-‘Utsaimin tentang kronologi serta fasa-fasa tertubuhnya kerajaan Arab Saudi. Kemudian tulisan Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar Salim Bazmul tentang manhaj para ulamanya dan jawaban-jawaban terhadap pelbagai tuduhan mereng yang dilemparkan para musuh dakwah terhadap para ulama di ‘Arab Saudi serta negaranya. Dan yang ketiganya adalah karya Syaikh Dr. Ahmad Bazmul tentang himpunan pujian para ulama terhadap kerajaan Arab Saudi.

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net