Judul: Pasang Surut Keimanan | Judul Asal ('Arab): Asbab Ziyadtil Iman wa Nuqshanihi | Penulis: Syaikh 'Abdurrazzaq B. 'Abdul Muhsin Al-'Abbad Al-Badr | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 300g | Muka Surat: 248 m/s.
Ibarat tanaman, iman perlu dijaga, dibaja, dan dipupuk agar tumbuh subur dan berkembang sihat. Seseorang perlu menyirami imannya dengan ketaatan dan memupuknya dengan amal-amal soleh, juga membersihkannya dari pelbagai debu kemaksiatan dan dosa yang dapat merosak bahkan membuatnya mati.
Seorang mukmin tidak seharusnya merasa aman dan puas dengan keadaan keimanannya, namun seharusnya sentiasa merasa bimbang akan ketentuan Allah yang sentiasa membolak-balikkan hati, sehingga dengan demikian dia selalu mengambil sikap waspada dan berusaha menjaga serta meningkatkan keimanannya.
Seorang mukmin wajib mengetahui faktor-faktor yang dapat membantunya dalam menjaga, mempertahankan, dan bahkan meningkatkan keimanannya, kemudian memastikan diri melakukan amal-amal tersebut sebagaimana dia juga perlu tahu apa jua faktor yang mampu mengancam, merongrong, meragut, bahkan membunuh keimanannya, sehingga dia dapat menghindarinya.
Buku di tangan pembaca ini merupakan buku yang sangat penting untuk ditelaah. Penulis membentangkan kepada kita rahsia-rahsia berharga tentang keimanan dan cara mempertahankannya bahkan meningkatkannya. Sebagaimana beliau juga menjelaskan kepada kita hal-hal yang dapat mengancam, mengurangkan, merosakkan, bahkan membunuh iman kita.
Jadi, marilah kita duduk sejenak mempelajari bagaimana untuk menambah iman. InsyaAllah...