Judul: Aku Cinta Rosul (Untuk Adik-adik) | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dan diringkaskan dari beberapa kitab | Penulis: Abu Usamah Masykur | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 150g | Muka Surat: 52m/s. [Disediakan oleh: Galeri Buku Atsar, www.atsar.ilmusunnah.com]
As-Salaamu ‘alaikum, apa khabar adik-adik...
Ini adalah buku dengan judul “Aku Cinta Rosul” (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Kenapa abang menyusun buku ini? Kerana abang sayang kepada kalian kerana Allah, insyaAllah. Abang ingin kita semua menjadi seorang muslim yang cinta kepada Allah dan Rosul-Nya.
Dulu, para sahabat rela berkorban dan berjuang untuk Islam. Kenapa? Kerana mereka sangat cinta kepada Allah dan Rosul-Nya. Mereka rela mengorbankan jiwa dan raganya untuk membela Allah dan Rosul-Nya.
Sehingga ummat Islam waktu itu menjadi jaya, kuat dan gemilang. Kalau ummat Islam hari ini mahu berjaya, kuat, dan cemerlang seperti mereka, ikutilah jejak para sahabat. Cintailah Allah dan Rosul-Nya.
Allah Ta’ala befirman (maksudnya):
“(Katakan-lah wahai Rasul kepada mereka): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikuti-lah aku. Nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)
Jadi, cinta kepada Rosululullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah dengan mengikuti ajaran beliau.
Nah adik-adik... mari kita baca buku ini. Kita mengenal kisah Nabi kita, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Semoga bermanfaat ya.