Judul: Kumpulan Kisah Para Nabi (Untuk Adik-adik) | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dan diringkaskan dari beberapa kitab | Penulis: Fathul Mujib B. Bahrudin | Penerbit: Gema Ilmu | Berat: 180g | Muka Surat: 100m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Adik-adik, di dalam Al-Qur’an Allah mengisahkan para Nabi dan Rasul. Iaitu kisah-kisah mereka dengan kaum mereka. Dan balasan bagi kaum yang mahu mengikuti mereka dan siksa bagi kaum yang menentang mereka.
Ada kisah Nabi Adam, ada kisah Nabi Nuh, ada kisah Nabi Ibrahim, dan ada juga kisah Nabi-nabi yang lainnya. Adik-adik semua boleh membaca sebahagian darinya dalam buku ini.
Adik-adik, adakah kisah-kisah yang ada dalam Al-Qur’an itu hanya kisah dogengan yang diada-adakan? Tidak, bahkan di dalamnya ada pelajaran bagi semua orang serta ada petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surah Yusuf, 12: 111)
Allah juga berfirman:
“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah Al-A’raaf, 7: 176)
Dalam perumpamaan ada pelajaran dan tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. Jika mereka mahu memikirkan, mereka akan mengetahui. Dan bila mereka telah mengetahui, mereka pun akan mengamalkan.
Ada pelajaran bagi orang yang berbuat baik dan ada pula bagi yang berbuat keburukan. Sesiapa yang melakukan perbuatan seperti orang yang sebelumnya, dia akan mendapat yang semisal dengannya. Orang yang berbuat baik akan mendapat kemuliaan, manakala yang berbuat kejahatan akan mendapat kehinaan.
Di dalamnya juga ada pelajaran bahawa Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan hikmah yang agung, serta Dia sahajalah yang berhak diibadahi tanpa ada sekutu bagi-Nya.
Semoga adik-adik dan kita semua mampu mengambil pelajaran darinya, serta mampu mengamalkannya jika ia adalah kebaikan, dan mampu pula menjauhinya jika ia adalah kejahatan atau keburukan.
Kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini diambil, diringkaskan, dan dipermudahkan untuk tatapan adik-adik semua dari kitab Qashashul Anbiya’ karya Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) dengan ditambah beberapa keterangan dari beberapa sumber rujukan yang lain. Semoga adik-adik semua beroleh manfaat dan gambaran secara umum tentang kisah-kisah para Nabi ini sebelum berpindah kepada penjelasan kisah-kisah asalnya secara lengkap, terperinci, dan luas kelak. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]