Judul: Ayo Belajar Shalat | Penulis: Nizar Sa'ad Jabal | Penerbit: Qids Perisai Qur'an Kids | Berat: 180g | Muka Surat: 49m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ
“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal-amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, 2 – Ilmunya yang dimanfaatkan, atau 3 – Anak yang soleh yang mendoakannya.” (Shahih Muslim, no. 1631)وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, 53: 39)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ
“Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.” (Musnad Ahmad, no. 25845)
Atas hal tersebut, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita sejak seawal usianya lagi agar kelak menjadi manusia bertaqwa lagi bermanfaat untuk agama dan manusia.
Ini adalah di antara siri buku-buku pendidikan anak-anak dalam mencapai objektif tersebut. Buku ini adalah siri buku kanak-kanak belajar melaksanakan solat. Di dalamnya dimuatkan nasihat tujuan Allah menciptakan manusia, keutamaan dan hukum solat, persediaan solat, adab-adab solat, tata cara solat menurut sunnah yang sahih, bacaan-bacaan dalam solat, hal-hal yang membatalkan solat, dzikir-dzikir setelah solat, dan setiap helaian muka surat buku ini turut dipenuhi dengan gambar-gambar (ilustrasi berwarna) yang menarik sebagai bimbingan dan tarikan belajar anak-anak.
Semoga bermanfaat sebagai model dan bahan silibus pendidikan anak-anak kecil kita.