Judul: 61 Kisah Pengantar Tidur | Judul Asal ('Arab): Sittuna Qishash Rawaha an-Nabi wash-Shahabah al-Kiram | Penulis: Muhammad B. Hamid Abdul Wahhab | Penerbit: Darul Haq | Berat: 300g | Muka Surat: 181m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Kisah, hikayat, dan riwayat-riwayat yang sahih memiliki kesan pengaruh yang sangat besar terhadap jiwa para pendengar atau pembacanya. Kerana jiwa seseorang akan sentiasa tertarik untuk mengetahui seseuatu kisah, apalagi jika ia dibentangkan dengan sangat memukau, tentu pengaruhnya akan semakin besar.
Dalam mempersembahkan seseuatu kisah, sudah tentunya ada suatu pesan yang ingin disampaikan iaitu agar pembaca ataupun pendengar dapat mengambil ‘ibrah (pelajaran), nasihat, serta bimbingan sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah Al-A’raaf, 7: 176)
Dan Allah Ta’ala juga berfirman:
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang memiliki akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat.” (Surah Yusuf, 12: 111)
Bertitik tolak dari adanya penyampaian pesan inilah maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam sering menceritakan suatu kisah kepada para sahabat yang mulia, dengan maksud meneguhkan hati, membakar semangat, dan mendorong para sahabat agar lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini sebagaimana firman Allah:
وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ
“Dan setiap kisah dari para rasul yang Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu.” (Surah Huud, 11: 120)
Himpunan atau kumpulan kisah-kisah yang disusun melalui karya sederhana ini, benar-benar merupakan kisah-kisah terpilih, kisah-kisah penuh hikmah, banyak manfaatnya, kisah yang mengandungi teladan serta pelajaran. Kisah-kisah yang dikumpulkan dalam sebuah buku ringkas dan mudah ini diambil dari sumber-sumber al-Qur’an, as-Sunnah, dan kisah-kisah sahabat Nabi, berupa kisah-kisah para rasul terdahulu, kaum terdahulu (sebelum Nabi Muhammad), serta kisah-kisah di era Nabi Muhammad bersama-sama para sahabatnya secara sahih.
Bagi setiap kisah yang dimuatkan melalui buku ini, setelahnya akan dikeluarkan pula darinya pelajaran-pelajaran dan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya dalam bentuk point. Semoga para pembaca akan dapat menuai manfaat yang maksima darinya. Dan semoga kita semua beroleh manfaat dari rangkaian kisah-kisah penuh hikmah ini. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]