Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kumpulan Khutbah Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab

Kumpulan Khutbah Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab
Terbitan: Too Bagus
Product Code: Too Bagus (4(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.7 x 17.6 x 0.9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM35.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kumpulan Khutbah Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab | Judul Asal (Arab): Majmu' Muallafat Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab | Penulis: Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H) | Penerbit: TooBagus | Berat: 400g | Muka Surat: 149m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Mungkin kita pernah mendengar nama seorang pendakwah terkenal Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H). Beliau terkenal dengan dakwah, khuthbah, dan karya-karya tulis membasmi kesyirikan di tanah Arab. Beliau membesar di tengah-tengah masyarakat arab yang berpecah-belah dan mengamalkan pelbagai bentuk tahayyul, khurafat, syirik, dan bid’ah yang kufur. Ini seperti pengangungan terhadap kubur, percaya kepada kuasa sihir, pemujaan terhadap batu dan pokok keramat, serta ketaksuban terhadap mazhab-mazhab sehingga mengkibatkan pertelagahan dan perpecahan.

Beliau memulakan dakwahnya dengan menekuni pelbagai bidang ilmu syar’i dan menela’ah pelbagai kitab para ulama terutamanya mazhab Imam Ahmad B. Hanbal dan buku-buku karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim rahimahumullah. Kemudian setelah di peringkat matangnya ilmu, beliau pun memulakan dakwahnya dengan mengajak masyarakat kepada tauhid serta membasmi kesyirikan dan bid’ah-bid’ah.

Di antara karya tulis yang terkenal sebagai bukti utuh dan murninya dakwah beliau sehingga ke hari ini adalah seperti Kitab at-Tauhid, Masa’il Jahiliyyah, Ushul Tsalatsah, dan Kasyufu Syubuhat. Dan banyak lagi lainnya, kemudian termasuklah manuskrip-manuskrip himpunan khuthbah dari kitab seperti Majmu’ Muallafat beliau. Alhamdulillah kitab-kitab beliau ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia pada hari ini.

Hasil kesabaran dan keberkahan usaha dakwah beliau menegakkan tauhid dan membasmi kesyirikan ketika itu, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala sebahagian wilayah yang sebelumnya berpecah-belah di sekitar tempat yang beliau diami telah berjaya disatukan.

Kesan dakwah beliau tidak terhenti di situ. Perjuangan beliau menegakkan tauhid dan menyatukan masyarakat dengannya diteruskan oleh anak-cucu beliau bersama-sama pemerintah yang mengikutinya.

Akhirnya dengan izin Allah Ta’ala, dakwah tauhid yang pernah beliau terapkan pun membuahkan kesan yang berkesinambungan. Ini jelas terpapar apabila wilayah-wilayah yang sebelumnya berpecah-belah telah bersatu membentuk sebuah daulah Islam yang jauh lebih besar di zaman anak-cucu beliau.

Lebih menakjubkan, terbentuknya negara tauhid tersebut hampir seiiring dengan dengan masa jatuhnya kerajaan besar ‘Utsmaniyyah. Dengan dakwah tauhid Allah memuliakan, meneguhkan, dan membesarkan sebuah wilayah kecil. Dan dengan sebab kesyirikan dan kebidahan pula Allah meruntuhkan sebuah empayar dan kuasa yang besar jajahan takluknya.

Ada sesuatu yang boleh kita lihat dari rentetan sejarah dan dakwah beliau ini. Mungkin ada yang beranggapan usaha beliau tersebut adalah usaha kecil dan remeh. Tetapi sebenarnya itu hanyalah persepsi sebahagian pihak. Hakikatnya, dakwah beliau adalah dakwah yang dibawa oleh para Nabi, dan sebuah dakwah yang telah memberi impak besar dalam dunia Islam sehingga ke hari ini.

Beliau muncul dalam kalangan masyarakat yang berpecah-belah dan saling bertelagah sesama sendiri. Beliau juga saling berpindah-randah dari satu wilayah ke satu wilayah lainnya akibat dakwahnya yang tidak disukai orang sekeliling pada peringkat awalnya. Tetapi hasil kesabaran dan keteguhan prinsip beliau dalam mendakwahkan tauhid membasmi kesyirikan, akhirnya dari sebuah kelompok kecil, beliau berjaya menyatukan beberapa wilayah sehingga membina sebuah Daulah Islam.

Sebaliknya, lain pula halnya dengan kerajaan ‘Utsmaniyyah yang masyarakatnya ketika itu bergelumang dengan bid’ah dan kesyirikan, ia akhirnya tumbang walaupun kerajaan dan jajahan takluknya besar.

Manfaat dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab ketika itu begitu besar sekali kepada seluruh umat Islam. Beliau berjaya menghapuskan kesyirikan sekaligus menyatukan masyarakat yang sedang berpecah-belah. Dakwah tauhid yang beliau sampaikan juga telah berjaya melembutkan hati pemerintah ketika itu.

Hasilnya, kesan dakwah beliau masih terus dirasai sehingga ke hari ini sama ada kita sedar ataupun tidak. Antara yang paling ketara adalah khidmat negara hasil usaha dakwah beliau tersebut terutamanya kepada para jama’ah haji dari seluruh dunia. Umat Islam hari ini dapat menunaikan haji dengan selesa, tenang, dan aman. Pengajian ilmu-ilmu agama pun banyak berpusat di sana sehingga hari ini.

Malah Arab Saudi adalah antara negara utama yang mengumpulkan begitu ramai ilmuan dari pelbagai bidang dan cabang ilmu Islam. Para ulamanya bebas berdakwah sehingga dicemburui golongan  ahli bid’ah. Boleh dikatakan, Arab Saudi adalah satu-satunya negara Islam yang ada pada hari ini mampu melaksanakan hukum-hukum Islam dengan baik dan menjadikannya sebagai dustur perundangan negara. Walaupun masih ada kelemahan, tetapi ia adalah contoh yang baik hasil sebuah dakwah yang murni pada hari ini.

Benarlah sebagaimana janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj, 22: 40)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.” (Surah Muhammad, 47: 7)

Iaitu mereka yang menegakkan agama Allah yang sebenar-benarnya, bukan yang bercampur-aduk dengan bid’ah dan kesyirikan.

Maka di sini sekali lagi di antara yang menjadi bukti teguhnya dakwah Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab rahimahullah di atas tauhid atau al-haq adalah dari himpunan khutbah-khutbah beliau yang amat bermanfaat.

Dari khuthbah-khuthbah beliau ini kita akan mengenal siapa sebenarnya beliau. Apakah beliau sebagaimana apa yang difitnahkan kebanyakan manusia pada hari ini atau sebaliknya.

Kalau benar-benar ditelusuri, insyaAllah kita akan melihat betapa beliau menyayangi saudara-saudara seislam beliau dengan doa-doa yang sering beliau panjatkan di dalam khuthbahnya. Kita juga akan mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang ‘alim yang luas ilmunya yang sentiasa mengingatkan ummat dengan hal-hal yang sangat penting untuk diketahui. Antaranya beliau sering mengingatkan agar sering bertaqwa dan bersyukur yang mana dua hal ini termasuk amalan yang memiliki kesan pengaruh yang amat besar bagi kehidupan setiap manusia.

Melalui himpunan khuthbah-khuthbah beliau ini juga, kita akan dapat melihat kemurnian i’tiqad keimanan beliau, jelasnya dakwah beliau dalam mengemban risalah tauhid di atas al-Qur’an dan as-Sunnah, dan betapa tegasnya beliau dalam memegang prinsip-prinsip kebenaran di atas manhaj para salaf (generasi ulama terdahulu). Sekaligus banyak sekali manfaat dan faedah penuh hikmah yang insyaAllah akan dapat kita tuai sebagai tambahan ilmu dan contoh akhlak berdakwah seorang ulama. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Mudah-mudahan dengan tersebarnya kumpulan khuthbah ini, akan banyaklah manfaat yang dapat diraih oleh ummah serta menjadi tsaqafah tambahan bagi para khathib (juru khuthbah) di masjid-masjid di negara kita atau bahkan dijadikan sebagai pedoman dalam menyampaikan khuthbah kepada para jama’ah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net