Judul: Buku Poket 3 Landasan Utama (Terjemahan Matan Ushul Tsalatsah) | Penulis: Syaikh Muhammad B. 'Abdul Wahhab rahimahullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku bersaiz kecil ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan dan motivasi dalam membina asas-asas kefahaman tentang aqidah Islam. Ia menjelaskan tentang 3 tunjang utama dalam menanamkan tauhid, iaitu mengenal Allah, mengenal Agama Islam, dan mengenal Nabi Muhammad. Penjelasannya walaupun ringkas, tetapi ianya tuntas berpaksikan dalil-dalil yang kuat. Ia amat sesuai untuk dihafal bagi menguatkan hujah dan membina kefahaman kita.
Bersesuaian dengan saiznya yang kecil, ia amat sesuai dibawa ke mana-mana sebagai nota dan membantu hafalan. Sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah dan sebaran umum memandangkan kandungannya yang bermanfaat mengandungi bimbingan beragama sebagai penjelas untuk kalangan awam dan penuntut ilmu.
Selain terjemahan, buku kecil ini turut dilengkapi dengan matan (teks) asal berbahasa arab. InsyaAllah amat sesuai untuk membantu proses menghafal dan menguasainya. Untuk penjabaran yang lebih rinci, fokus, dan jelas, insyaAllah para pembaca boleh pergi ke langkah seterusnya dengan mendapat buku syarah kepada matan buku ini, antara yang masyhur adalah syarah Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah.