Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Amwal, Ensiklopedia Keuangan Publik

Al-Amwal, Ensiklopedia Keuangan Publik
Terbitan: Gema Insani
Product Code: Gema Insani
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 3.7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Amwal, Ensiklopedia Kewangan Publik | Judul Asal ('Arab): Al-Amwal | Penulis: Imam Abu Ubaid B. Salam Al-Qasim rahimahullah (Wafat: 224H) | Penerbit: Gema Insani | Berat: 1.25g | Muka Surat: 747m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Kitab al-Amwal ini termasuk antara buku-buku klasik dan antara yang paling awal dalam sejarah Islam membahaskan soal harta dan per-ekonomian secara Islami. Ini menjadikan nilai buku ini begitu tinggi sekali yang mana di dalamnya memuatkan himpunan dalil-dalil al-Qur'an, hadis-hadis Nabi, dan atsar-atsar para sahabat Nabi sekitar pengurusan ekonomi dan harta di dalam Islam.
 
Nama Abu Ubaid bukanlah nama asing dalam barisan ilmuan salaf yang awal. Nama dan nukilan perkatan beliau banyak sekali dinukil oleh para ulama sesudahnya terutamanya dalam tema-tema yang membahas persoalan fiqh secara umum, dan mu'amalah secara khusus. Ini antaranya boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqh muktabar seumpama Al-Minhaj Syarah Shahih Muslim, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, dan selainnya.
 
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):
 
"Kitab Abu Ubaid dalam permasalahan kewangan dan per-ekonomian merupakan karya yang terbaik dan tidak ternilai dalam bidang ilmu fiqh."
 
Buku ini sentiasa menjadi tumpuan dan rujukan para ulama dari generasi ke generasi dalam membahaskan soal per-ekonomian dan harta umum di dalam Islam. Buku klasik ini menjadi bukti kedalaman, ketelitian, ketajaman, dan kematangan penyusun dalam analisa fiqhnya terhadap permasalahan yang dibahaskan.
 
Kata al-Amwal secara literalnya bermaksud harta. Akan tetapi, buku ini tidaklah menjabarkan secara menyeluruh setiap sudut persoalan tentang harta, sebaliknya penyusun memfokuskan perbahasannya kepada harta yang menjadi hak publik atau negara. Di mana setiap warga negara berhak mendapatkan manfaatnya atau pun menerima pembahagiannya seiring dengan ketentuan-ketentuan syara'. Walaupun rangkuman perbahasannya berkisar dalam bidang kewangan publik, namun nilai keutamaan kandungannya melebihi nilai objek kajian. Kerana dalam mengupas setiap bab-bab dalam bukunya ini, penyusun (Abu Ubaid) telah dinilai berjaya dalam mengemukakan atsar-atsar para salaf yang terkadang dalam keputusan dan hal-ehwal ekononimi mereka tampak kontradik dengan zahir teks-teks al-Qur'an dan hadis-hadis Nab.
 
Beliau dengan ketelitian analisanya telah mampu menyeiringkan dan mengharmonikan polisi sahabat dalam hal kewangan umum dengan kandungan permasalahan teks-teks nash. Bahkan di banyak tempat, Abu Ubaid memberikan analisa kajian yang kritis dan praktikal dalam rangka mewujudkan visi pengembangan ekonomi Islam terhadap harta awam seiring dengan apa yang dikemukakan oleh teks-teks nash dan atsar para sahabat.
 
Secara umum, di antara cakupan perbahasan yang dimuatkan penulis dalam kitabnya yang menjadi tumpuan banyak pihak ini adalah seperti:
 
1, Hak-hak pemerintah terhadap rakyat dan hak-hak rakyat terhadap pemerintahnya.
 
2, Jenis-jenis harta yang dikelola oleh pemerintah untuk rakyat berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah.
 
3, Aturan berkaitan fa'i, khumus, dan zakat.
 
4, Hak kepemilikan tanah.
 
5, Pembebasan negeri.
 
6, Harta fa'i dan penyebarannya.
 
7, Hukum-hakam menghidupkan tanah.
 
8, Zakat hasil pertanian bagi tanah yang diusahakan.
 
9, Hal ehwal kutipan zakat dan cukai.
 
10, Penyaluran dan pembahagian zakat.
 
dan selainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net