Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Chicken Soup for Muslimah

Chicken Soup for Muslimah
Terbitan: Sukses Publishing
Product Code: Sukses Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1.1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Chicken Soup for Muslimah | Judul Asal ('Arab): Qashash Mu'atstsirah Jiddan lil Fatayat | Penulis: Ali B. Husain as-Sindi | Penerbit: Sukses Publishing | Berat: 350g | Muka Surat: 255m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Tidak akan beroleh pelajaran dalam hidup orang yang tidak pernah mengambil hikmah dari pengalaman hidupnya, sama ada dari pengalaman hidupnya sendiri mahupun pengalaman hidup orang lain di sekelilingnya. Sungguh hikmah akan dapat diraih oleh mereka yang bijak mengambil pelajaran dan pengajaran dari pelbagai peristiwa mahupun kejadian yang dia alami sendiri mahupun yang dialami oleh orang lain.
 
Dalam hadis ada menyebutkan bahawa seorang mukmin itu dia tidak akan terjatuh ke dalam satu lubang yang sama lebih dari sekali. Dari sini menunjukkan bahawa pentingnya menjadikan sesuatu pengalaman itu sebagai pelajaran dan pengajaran, iaitu tidak melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, ketiga, mahupun seterusnya.
 
Selain itu, banyak hikmah yang akan dapat dituai dan dijadikan iktibar. Tatkala orang lain ditimpa kesusahan atau musibah, Allah masih terus melimpahkan kemudahan, nikmat, dan terpelihara dari musibah tersebut. Maka bagi orang yang tahu mengambil pelajaran, pasti dia akan tahu bersyukur dan terus menjaga dirinya dengan baik dengan cara yang betul. Sekaligus lebih memotivasikan dirinya untuk menuju ke arah yang lebih baik.
 
Adapun buku ini, ia adalah termasuk himpunan kisah-kisah yang banyak terjadi dalam kalangan kaum wanita yang mengandungi banyak pelajaran dan sumber-sumber inspirasi untuk direnungi. Rintangan kehidupan masa kini yang penuh dengan pesona dan muslihat, menjadikan buku ini antara yang perlu dimuhasabah bersama. Sehingga kita pun akan kembali menjadi ingat akan pesan-pesan yang dikhabarkan Rasulullah semenjak 1400 tahun dahulu. Lalu insyaAllah, membantu kita agar lebih bijak dalam mengatur setiap langkah-langkah berikutnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net