Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi Rasulullah, Sebuah Studi Analitis Berdasarkan Sumber-sumber Yang Autentik

Biografi Rasulullah, Sebuah Studi Analitis Berdasarkan Sumber-sumber Yang Autentik
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press (11(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.1 x 5.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00 RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Biografi Rasulullah, Sebuah Studi Analitis Berdasarkan Sumber-sumber Yang Autentik | Judul Asal ('Arab): As-Siirah An-Nabawiyyah fii Dhau'il Mashaadir al-Ashliyyah: Diraasat Tahliiliyyah | Penulis: Dr. Mahdi Rizqullah Ahmad | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 1019m/s (termasuk index). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sejak awal perkembangan Islam, kaum Muslimin telah disibukkan oleh sejarah perjalanan hidup Rasulullah. Oleh kerana itu, mereka berusaha merakam setiap peristiwa yang dialami oleh Rasulullah dengan menuliskannya kembali secara cermat dan teliti dalam pelbagai kitab hadis dan sejarah.
 
Methode para ulama dalam meriwayatkan biografi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ini berbeza-beza sesuai dengan zaman dan bidang keahlian masing-masing. Para ulama hadis misalnya, mereka memiliki methode yang sangat ketat dan penuh hati-hati dalam menyebut atau meriwayatkan sesebuah fakta, sama ada perkataan ataupun perbuatan yang memiliki kaitan dengan Rasulullah.
 
Adapun para ahli sejarah Islam dan para penulis biografi Rasulullah, methode mereka lebih kepada mencari, mengumpul, dan menyusun setiap kisah berdasarkan rentetan peristiwa dengan banyak mengadaptasi methode para ulama hadis. Tidak menghairankan jika kajian atau studi terhadap biografi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam tumbuh subur dalam kalangan intelektual yang memiliki perhatian besar terhadap pengumpulan hadis-hadis dan jejak-jejak perjalanan hidup beliau.
 
Tidak menghairankan pula apabila para ahli sejarah Islam selalu menerapkan methode dan cara ulama hadis dalam mencari dan menceritakan kembali pelbagai peristiwa sejarah. Mereka menelusuri melalui jalur-jalur periwayatan yang terpercaya dan berdasarkan riwayat-riwayat yang autentik sebagaimana dilakukan oleh para ulama hadis, walaupun dengan bentuk huraian, latar belakang, dan tujuan yang berbeza.
 
Sirah Nabi adalah salah satu bidang kajian terpenting bagi umat Islam dari dahulu hingga ke hari ini. Bahkan dengan izin Allah, akan terus menjadi perhatian utama kaum muslimin sampai bila-bila pun. Ini kerana perjalanan hidup Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan contoh praktis dari perlaksanaan ajaran-ajaran Allah, sekaligus penjabaran hukum-hukum-Nya. Realiti inilah yang melatar-belakangi banyaknya sumber dan methode periwayatan sirah Nabi-Nya.
 
Bukanlah suatu yang menghairankan apabila di setiap zaman selalu muncul pelbagai hasil kajian sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dari pelbagai sudut pandang. Ada yang khusus membahas dari konsteks sejarah, ada yang menjadikannya sebagai sumber pelajaran dan pendidikan, ada yang memusatkan kajiannya hanya pada beberapa peristiwa dan perkataan beliau, dan sebagainya.
 
Biografi insan terbaik ini memang sangat kaya dengan sumber dan ilmu pengetahuan. Ini dapat dilihat pada banyaknya teori, methode, dan kesimpulan yang dihasilkan dari kajian-kajian terhadapnya. Bahkan setiap pembaca sirah Nabi pasti menemukan sisi tertentu dari keistimewaan beliau yang akan membuatnya terkesan. Agaknya, faktor inilah yang menjadikan kajian terhadap biografi Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sentiasa hidup, iaitu kerana sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak akan pernah kehabisan hasil walaupun makin banyak orang yang mengkajinya. Hikmah dan pelajaran darinya tidak akan pernah kering walaupun orang yang meneguk pelajaran darinya bertambah-tambah.
 
Buku hasil terbitan Pusat Penelitian dan Kajian Islam Raja Faisal yang berjudul: As-Siirah An-Nabawiyyah fii Dhau'il Mashaadir al-Ashliyyah: Diraasat Tahliiliyyah (Biografi Rasulullah, Sebuah Studi Analitis Berdasarkan Sumber-sumber Yang Autentik) oleh Dr. Mahdi Rizqullah Ahmad ini merupakan salah satu karya yang menjadikan sirah Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai bahan sumber kajian dan penggalian pendidikan.
 
Tujuan utama penulis buku ini adalah bagi merekonstraksi (menyusun) perjalanan Rasulullah dari sumber-sumber yang autentik, memilih riwayat-riwayat yang kuat, dan membahas beberapa riwayat yang perlu diperbincangkan (atau diperhalusi), walaupun riwayat tersebut telah masyhur diketahui banyak orang.
 
Buku ini kaya dengan rujukan dan sumber yang ilmiyah. Dengan methodenya yang khas, penulis berjaya mengumpulkan sepihan-serpihan sumber dan bahan dengan sermat dan teliti, khususnya sumber-sumber yang selama ini berselerakkan dalam pelbagai kitab tafsir, hadis, biografi, hikmah, sejarah, biografi sahabat, dan fiqh.
 
Barangkali pembaca tidak akan menemui beberapa peristiwa yang sering diceritakan oleh buku-buku klasik sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Ini kerana penulis hanya menyandarkan perbahasannya kepada buku-buku hadis pokok yang sahih, dan hanya menyebutkan peristiwa-peristiwa yang diceritakan oleh para perawi generasi pertama.
 
Kelebihan lainnya, buku ini memuatkan nilai-nilai pendidikan dan keimanan yang disarikan penulis dari setiap peristiwa yang terjadi. Ringkas kata, penulis tidak sekadar membentangkan fakta-fakta sejarah, melainkan turut mengajak para pembaca untuk sentiasa mencermati dan merenungkan setiap peristiwa, khususnya bila di dalamnya terdapat perilaku, tindakan, dan sifat Rasulullah yang harus dicontohi atau diteladani.
 
Kami berharap agar Allah menjadikan buku ini bermanfaat bagi kita semua dan dapat menambahkan kekayaan literatur Islam. Semoga Allah melimpahkan pahala kepada penulis buku ini, dan hanya kepada Allah-lah segala puji kita panjatkan.
 
[Dr. Zaid Ibn 'Abdil Muhsin al-Husain,
Sekretaris Jenderal Pusat Kajian dan Peneliti Universiti Raja Sa'ud;
Kata Pengantar dan Alu-aluan buku]
 
Penulis atau penyusun buku ini, iaitu Dr. Mahdi Rizqullah menegaskan di awal mukaddimahnya:
 
Riwayat yang berhubung dengan sejarah hidup Rasulullah sangatlah banyak, namun dalam buku ini para pembaca akan mendapati saya mengabaikan beberapa riwayat yang dha'if (lemah) yang sering diceritakan oleh para ahli sirah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, juga ilmu sejarahnya pada umumnya. Alasannya kerana studi ini tidak bertujuan untuk melakukan pentahqiqan (atau pembedahan) terhadap semua riwayat dan periwayatan yang terkait dengan biografi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sering terdengar, melainkan untuk melukiskan kerangka sejarah hidup Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdasarkan riwayat dan periwayatan yang autentik (absah) sahaja.
 
Apabila sesebuah peristiwa tidak memiliki sumber atau periwayatan yang sahih, sepanjang peristiwa itu tidak berkaitan dengan soal aqidah dan syari'at, saya juga akan menggunakan riwayat-riwayat yang dha'if. Saya perlu mengingatkan bahawa hal ini saya lakukan kerana banyak ulama yang membolehkan penggunaan atau penyebutan hadis-hadis dha'if dalam hal-hal yang tidak menyangkut urusan aqidah dan hukum-hakam fiqh.
 
Namun begitu, patut digaris-bawahi bahawa prinsip pokok dari kajian ini adalah untuk berusaha agar sentiasa menyandarkan diri pada riwayat dan periwayatan yang sahih sahaja. Oleh sebab itu, bila ada kealpaan saya dalam mentaati prinsip tersebut, itu adalah bentuk kekurangan saya semata. [Mukaddimah Buku]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net