Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq

Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq
Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq
Terbitan: Pena Ilmu & Amal
Product Code: Keira Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 26.6 x 18.8 x 15

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM390.00 RM320.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq | Judul Asal ('Arab): Fiqhus Sunnah | Penulis: Sayyid Sabiq rahimahullah | Tahqiq dan Takhrij: Muhammad Sayyid Sabiq | Penerbit: Keira Publishing | Berat: 4.8kg | Muka Surat: 5 Jilid lengkap (Hard Cover) | ISBN: 978-602-136147-4.


Kitab Fiqh As-Sunnah karya Sayyid Sabiq ini termasuk antara karya dalam bidang fiqh kontemporari yang tampak masyhur sekali. Kehadirannya mendapat sambutan dari pelbagai kalangan, bahkan turut meraih penghargaan anugerah King Faisal (Saudi Arabia).

Kitab-kitab fiqh seumpama ini di antara keutamaannya adalah mengajak kita tidak terikat dengan mazhab-mazhab tertentu, sebaliknya bersesuaian dengan judulnya, mengajak beramal dengan agama di atas fiqh yang dilandasi dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Walaupun terdapat sedikit dari kandungannya mengundang kritikan dari ulama yang sezamannya semisal dari Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah antaranya, namun itu tidaklah memberi kesan negatif dan mencacatkannya. Bahkan kritikan yang dikemukakan oleh Al-Albani melalui karyanya Tamamul Minnah telah menambah dan melengkapkan lagi nilai manfaat bagi kitab ini sekaligus menampung lompang-lompang yang terkandung di dalamnya. Dan memang demikianlah keadaannya ilmu fiqh itu, sebahagian besarnya terbuka kepada perbahasan dan ikhtilaf.

Sebagaimana kitab-kitab fiqh umum lainnya, tema-tema perbahasannya mencakup bab thaharah (bersuci), solat, puasa, haji, hari-raya, zakat, sedekah, mu’amalah, jual-beli, sewa-menyewa, jihad, peperangan, jenazah, nikah, thalaq, munakahat, walimah, ghanimah, hudud, qishash, sehinggalah kepada yang lain seterusnya sehingga tamat di akhir jilidnya dengan bab-bab seumpama bab sumpah, kaffarah, nadzar, khiyar, bab as-salam, riba’, hutang-piutang, gadaian, muzaara’ah, sewaan, mudharabah, syuf’ah, wakalah, rampasan, wadi’ah, sembelihan, aqiqah, musaaqah, ji’aalah, syarikah, perdamaian, al-qadhaa’ (kehakiman), kesaksian, kitab makanan, kitab pakaian, pertandingan dan hadiah, wakaf, hibah, umraa’, ruqbaa, fara’idh, wasiat, harta warisan, dan selainnya.

Semoga dengan hadirnya set terjemahan ini akan menambahkan lagi manfaat kajian ilmu-ilmu syar’i (fiqh) di kalangan masyarakat kita dalam beramal dengan amal-amal yang benar.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net