Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Raudhatul Muhibbin, Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu

Raudhatul Muhibbin, Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press (11(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 15.7 x 2.4

ISBN: 9789791303552
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Raudhatul Muhibbiin, Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu | Judul Asal ('Arab): Raudhatul Muhibbiin wa Nuzhatul Musytaaqiin | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) Pentahqiq: Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id Penerbit: Qisthi Press | Berat: 650g | Muka Surat: 541m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (691H/1292M – 751H/1349M); Beliau adalah antara salah seorang dari jajaran tokoh ulama ahlus sunnah wal-jama'ah. Lahir di Damsyiq pada tahun 691H. Terkenal sebagai seorang pembaharu, ulama hadis, pakar tafsir, faqih, dan pakar perubatan, memiliki karya-karya yang menyentuh qalbu. Beliau termasuk barisan murid utama Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah selain al-Hafiz Ibnu Katsir dan al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahumullah. Ibnul Qayyim menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu Islam.
 
Sebagian besar dari karya-karya beliau berbicara tentang akhlak, adab, dan penyucian jiwa. Kerana itulah, ulama ini sering disebut sebagai Pakar Penyakit Hati (the scholar of the heart). Meskipun oleh sebahagian pihak beliau dipandang sebagai kritis terhadap aliran tasawuf, namun sikap kritisnya itu hanyalah ditujukan kepada ajaran dan praktik ilmu dan aliran tasawuf yang menyimpang dari ajaran al-Qur`an dan sunnah Nabi.
 
Ibnul Qayyim wafat pada tahun 751H di Damsyiq, dan meninggalkan banyak manuskrip ilmu berupa buku-buku dan tulisan-tulisan yang hingga saat ini mewarnai arus pemikiran keagamaan di dunia Islam. [Sekian tentang Ibnul Qayyim]
 
Memahami makna, hakikat, dan tingkatan-tingkatan cinta menurut ajaran Islam, sebagai jalan penyucian jiwa dan penyelamat dari hawa nafsu, untuk menggapai redha dan cinta Allah Subhanahu wa Ta'ala serta meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
 
Manusia diciptakan memiliki hati sehingga mampu mencintai. Namun, di saat yang sama, ia juga tak mampu lepas dari hawa nafsu. Hampir mustahil bagi manusia untuk membebaskan diri dari hawa nafsu. Oleh kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala melengkapi hati-hati manusia dengan fitrah (keupayaan untuk mengenal-Nya) agar manusia tidak dikuasai hawa nafsu. Dengan fitrah, selain mampu mengenal Allah, manusia dapat menjalankan perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya.
 
Buku ini berbicara tentang cinta sebagai sesuatu yang fitrah lagi tabi'i dalam diri manusia. Cinta tak mungkin disembunyikan, tapi harus diungkapkan. Cinta kepada harta tak mungkin dikekang, tetapi mesti diungkapkan melalui usaha, kerja, dan dibelanjakan ke jalan yang halal. Cinta kepada kekuasaan juga tak mungkin dihilangkan, namun mesti diungkapkan melalui sikap adil, amanah, jujur, dan bertanggungjawab. Cinta kepada lawan jantina pun tak akan dapat dikesampingkan, tetapi harus diungkapkan melalui pernikahan yang halal.
 
Buku ini menunjukkan bagaimana cara mengungkapkan kepelbagaian perasaan cinta, hakikat cinta, jenis-jenis cinta, mabuk cinta, cinta halal, cinta terlarang, haruskah bercinta, dan bagaimana seharusnya mengendalikan cinta yang sekaligus mengendalikan hawa nafsu dengan fitrah sesuai petunjuk-Nya. Sehingga, cinta itu tidak berubah menjadi cinta terlarang, tetapi sebaliknya akan membawa manusia kepada puncak cinta tertinggi, iaitu cinta Allah dan Rasul-Nya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net