Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bustan Al-Wa'izhin, Suluh Penyucian Jiwa (Karya Ibnul Jauzi)

Bustan Al-Wa'izhin, Suluh Penyucian Jiwa (Karya Ibnul Jauzi)
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press (14(3))/(2(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 15.5 x 2.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bustan al-Wa'izhin, Suluh Penyucian Jiwa | Judul Asal ('Arab): Bustaan al-Waa'izhiin | Penulis: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) Pentahqiq: Abu Anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'id Penerbit: Qisthi Press | Berat: 500g | Muka Surat: 453m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Bustaan al-Waa'izhiin adalah manuskrip klasik yang berisi bimbingan untuk selalu mengingat Allah, menggapai redha-Nya, dan meraih kebahagiaan di akhirat. Karya ini tidak hanya memperingatkan manusia tentang tipu-daya syaitan, tetapi juga menggambarkan pedihnya kematian, suasana alam kubur, prahara hari Kiamat, suasana padang mahsyar, gambaran titian shirath, keadaan di Syurga, dan dahsyatnya Neraka.
 
Ia ditulis oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah, salah seorang tokoh ulama di era 500 hijriyah di Baghdad yang menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam di masanya. Hingga ke hari ini, warisan keilmuannya masih banyak dikaji dan dijadikan sebagai rujukan utama dalam kajian-kajian ilmu Islam.
 
Untuk buku beliau yang ini, insyaAllah ia akan membantu kita menjadi seorang Muslim yang ikhlas, soleh, dan bertaqwa, serta mengetahui kekurangan diri di hadapan-Nya. Di dalamnya memuatkan bimbingan dan nasihat untuk jiwa yang dahaga. Berisi kalam indah al-Qur'an al-Kariim berserta tafsirnya, hadis-hadis Nabi, kisah-kisah para sahabat dan para salaf lainnya, serta penuh dengan wasiat para ulama tentang bimbingan penyucian jiwa. Sehingga kesedaran jiwa kita pun akan tergugah untuk selalu berusaha meraih redha-Nya. Kerana dengan redha-Nya, seorang hamba akan mendapatkan buahnya berupa pahala dari amalnya, dan mengaut keuntungan akhirat.
 
Abu anas Shalahuddin Mahmud as-Sa'di (pentahqiq buku ini) mengatakan:
 
Buku Bustaan al-Waa'izhiin ini secara umum merupakan sebuah buku berisi nasihat yang sangat penting, khususnya di bidang ilmu nasihat, malah ia tergolong buku yang uniq di antara sekian banyak buku-buku yang ada di perpustakaan tanah Arab. Walaupun buku ini hanya diklasifikasikan sebagai buku-buku nasihat, namun perlu diketahui memang sang penulis termasuk orang yang hebat dalam urusan menasihati dan beliau digelar sebagai sang penasihat dari 'Iraq. Bukan hanya itu, di dalamnya mengandungi lebih dari sekadar nasihat, di dalamnya sarat dengan rimbunan bunga-bunga mekar taman ilmu yang meluahkan pesona aroma yang menenangkan.
 
Ibnul Jauzi, beliau dianggap sebagai Ensiklopedi Berjalan. Beliau menyusun buku ini di atas disiplin ilmu hadis, tafsir, adab, dan sirah. Dengan demikian, buku ini bukan hanya sekadar kisah, tetapi sarat dengan ilmu-ilmu penting lainnya.
 
Selamat menela'ah dan menuai hikmah!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net