Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Madu Sidr Arab Saudi

Madu Sidr Arab Saudi
Madu Sidr Arab Saudi
Terbitan: Pure Honey
Product Code: Madu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 8 x 6.5 x 5.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Madu Sidr | Diimport Oleh: Atsar Ent. | Packaging: di K.S.A. | Berat: 250g (tidak termasuk bekas) | Kandungan: Pure Sedr Honey.


Sidr (السدر) di dalam bahasa Melayu adalah pohon bidara. Ia termasuk pohon yang disebut di dalam al-Qur’an dan banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namanya juga turut disebut sebagai salah satu pohon di Syurga.

Antara keistimewaan pohon sidr atau bidara ini adalah bahagian-bahagiannya yang terkenal memiliki nilai perubatan dan manfaat kesihatan. Antaranya, daunnya digunakan sebagai herba dalam ramuan shampoo bagi merawat kulit kepala, bahan mandian, kecantikan kulit, wangian, dan banyak lagi yang lain. Manakala debu-debu kayunya digunakan sebagai bahan rawatan terhadap gigitan, sengatan, atau patukan haiwan berbisa. Demikian juga akar dan batangnya juga menjadi antara bahan ramuan dalam penyedian ubat-ubatan.

Pohon ini banyak tumbuh liar di beberapa kawasan dunia yang antaranya termasuk hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia, dan Australia. Selain itu, ia juga tumbuh subur meliar di kawasan-kawasan pergunungan Timur Tengah seperti Yaman dan Arab Saudi. Ia berbunga dan berbuah. Dari kawasan pergunungan Yaman inilah madu lebah Sidr terhasil. Madu yang terhasil dari koloni lebah di pergunungan Yaman yang kaya dengan pohon Sidr ini dikatakan sebagai madu paling berkualiti dan terbaik di dunia. Sampai ada yang berbelanja besar untuk mendapatkannya, dan harganya memang antara yang paling tinggi berbanding madu-madu lainnya.

Kualiti dan pengredan madu sidr ini dinilai berdasarkan keistimewaan rasa, warna, peratusan kandungan material sidr-nya, dan keadaan kawasan di mana lebah tersebut berkoloni, iaitu persekitaran tempat mereka memungut nektar yang kaya dengan pohon sidr. Di samping nilai dan kandungan perubatan yang terkandung di dalamnya. Wallahu a’lam.

Apapun, Allah Subhanahu wa Ta’ala memang mengkhabarkan tentang lebah dan hasil madunya secara umum di dalam al-Qur’an:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di perbukitan, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia”, kemudian makanlah dari setiap (kepelbagaian) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, 16: 68-69)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالشِّفَاءَيْنِ الْعَسَلِ وَالْقُرْآنِ

“Bagi kalian dua jenis penawar, iaitu al-‘Asal (madu) dan al-Qur’an.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3443. Kata Ibnu Katsir, sanadnya jayyid. Dinilai dha’if oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, hirisan dan sedutan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Sahabat Nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu anhu berkata:

فِي الْقُرْآنِ شِفَاءَانِ، الْقُرْآنُ وَالْعَسَلُ، الْقُرْآنُ شِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ، وَالْعَسَلُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Di dalam al-Qur’an dinyatakan dua jenis penawar, iaitu al-Qur’an dan madu. Al-Qur’an adalah penawar untuk apa yang ada di dalam dada, manakala madu adalah penawar untuk setiap penyakit (fizikal).” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 19566. Dinilai sahih oleh al-Bahaqi)

Maka, manfaatkan-lah nikmat-nikmat Allah yang ada ini yang salah satunya adalah madu yang padanya memiliki nilai penawar bagi pelbagai penyakit. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Tags: madu sidr
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net