Judul: Buku Poket Panduan Praktis 'Aqiqah | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 64 m/s.
Buku bersaiz poket ini mengajak kita semua untuk sama-sama menghidupkan sunnah aqiqah buat sang bayi yang telah mula banyak ditinggalkan masyarakat Islam di negara kita hari ini. Ia menjelaskan secara tuntas dan komprehensip sekitar hukum aqiqah, sunnah-sunnahnya, adab-adab dan syarat-syaratnya, tuntutan dan keutamaannya, serta siapa yang dituntut melaksanakannya.
Tidak kurang ramai juga yang memiliki kesedaran untuk melakukan aqiqah anak bayinya, tetapi masih terdapat banyak kesalahan, kesilapan, bercampur aduk dengan syirik, kepercayaan khurafat, dan tatacara yang tidak tepat. Oleh itu, apalah nak dikirakan sekiranya kita dapatkan panduan dan bimbingan ringkas berkaitan bab ini agar setiap amalan kita khasnya dalam bab aqiqah ini dapat berjalan di atas petunjuk sunnah dan diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala sekaligus mendatangkan barakah.
Buku bersaiz poket ini juga bersesuaian dengan saiznya yang kecil, amat sesuai sekali untuk dijadikan sebagai risalah edaran, hadiah, sebaran am, dan cenderahati. Agar pahala dan manfaatnya dapat dinikmati bersama sehingga ke di bawa mati.
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan