Judul: Sifat Haji Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam | Judul Asal ('Arab): Bab Haji dari Kitab Fath Dzil al-Jalali wa al-Ikram Syarah Bulughul Maram | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 800g | Muka Surat: 223m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu (bagi) orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Dan sesiapa yang mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 97)
Ibadah haji adalah salah satu dari rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya, iaitu telah Islam, berakal, baligh, merdeka, dan memiliki kemampuan. Ibadah haji memiliki kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah.
Dan bagi ibadah haji ini sudah tentu tidak akan dapat dilaksanakan dengan benar melainkan dengan ilmu yang benar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sunnah-sunnah beliau. Iaitu sebagaimana beliau melaksanakan manasiknya, dan beliau memerintahkan agar kita berhaji sebagaimana beliau melaksanakannya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersaba:
لِتَأْخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ
“Ambillah (contohilah) dariku tata cara perlaksanaan ibadah haji kalian.” (Shahih Muslim, no. 51, 1297)