Judul: Al Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir (Jilid 13) | Judul Asal ('Arab): Al-Bidayah wan Nihayah | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq: Syaikh Dr. 'Abdullah B. 'Abdul Muhsin at-Turki | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 856m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Ini merupakan edisi terjemahan Kitab monumental dan karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dengan judul Al-Bidayah wa An-Nihayah. Ia adalah salah satu dari sekian banyak buku-buku induk perjalanan sejarah Islam dan biografi para tokoh-tokohnya.
Kitab ini adalah antara kitab yang gah di persada dunia ilmu ahli sunnah wal-jama'ah, apatah lagi ia disusun dengan metode periwayatan hadis oleh seorang tokoh terkenal yang juga seorang jaguh hadis, tafsir, dan ahli sejarah terbilang.
Keahliannya beliau sebagai penulis sangat memberi kesan pengaruh terhadap karyanya ini. Perbahasan yang beliau ketengahkan melalui kitab ini hampir menyerupai tema yang dibawa oleh Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam kitab sirah terkenalnya, Tarikh ath-Thabari.
Kitab ini dimulakan dengan kupasan ilmiyah sejarah awal mula kehidupan manusia yang menjadi khalifah di muka bumi, kisah kejadian langit dan bumi, awal penciptaan makhluk, kemudian diikuti kisah-kisah para nabi, sehingga kemudian diikuti kisah dan rentetan perjalanan sejarah kehidupan umat-umat terdahulu bersesuaian dengan penjelasan al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih.
Beliau rahimahullah juga turut mengupas isu-isu sekitar riwayat-riwayat dan khabar-khabar gharib (asing dan aneh), khabar munkar, dan khabar-khabar yang bersumber dari kaum Israil (Isra'iliyat). Langkah selanjutnya, beliau bentangkan pula sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Was Salam dan sejarah perkembangan Islam sehingga pada masa hidup beliau rahimahullah (pada abad ke-8 Hijriyah). Kemudian beliau beralih kepada perbahasan tentang fitnah masa depan, iaitu sekitar khabar-khabar sahih tentang kejadian bencana yang menimpa umat manusia di akhir zaman, tanda-tanda Hari Kiamat, malapetaka, kisah-kisah menjelang kiamat, dan pelbagai keadaan kehidupan di akhirat.
Secara umumnya, kitab ini adalah benar-benar komprehenship lagi menyeluruh dalam mengupas rentetan perjalan sejarah Islam, yang mana pasti setiap orang memiliki keinginan untuk menela'ah dan mendalaminya. Rasa dahaga dan semangat ingin tahu yang tidak pernah luput di dalam lubuk sanubari pasti mampu terubat setelah meneliti sendiri pelbagai bukti-bukti keagungan sejarah umat Islam yang agung ini, yang memecahkan sejarah, yang pernah menjadi pemimpin dunia untuk beberapa abad lamanya, sejarah umat Islam yang pernah mengisi dunia dengan nilai-nilai kebenaran dan keadilan, setelah sebelumnya kezaliman dan penyaimpangan memenuhi dunia.
Imam Ibnu Katsir rahimahullah, di bahagian akhir perbahasan pelbagai peristiwa bersejarah yang terjadi di sepanjang tahun 739 Hijriyah, beliau menjelaskan:
“Inilah bahagian terakhir peristiwa sejarah yang dicatat oleh guru kami al-Hafiz Alamuddin al-Birzali rahimahullah dalam kitabnya yang mengulas catatan sejarah oleh Syaikh Syihabuddin Abi Syamah al-Maqdisi rahimahullah, dan aku mengulas kitab sejarahnya ini sehingga pada masa hidup kami ini, dan aku telah menyelesaikannya secara tuntas mengenai catatan sejarah yang disusunnya pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir tahun 751 Hijriyah, dan hingga perbahasan inilah tulisanku tentang sejarah sejak awal penciptaan Adam hingga peristiwa pada masa kami ini berakhir, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala."
Selian itu, beliau juga turut memasukkan sumber-sumber dan hasil kajian Imam adz-Dzahabi rahimahullah dari kitab Tarikh al-Islam ke dalam karyanya ini. Demikianlah jasa besar beliau membentangkan dan merakam sekian banyak fakta-fakta sejarah umat Islam yang agung.
Pemurniaan Sejarah Islam
Benar-benar menjadi sebuah keperluan pada saat ini yang sangat mendesak bertujuan meluruskan perjalanan sejarah yang agung ini, yang disebut-sebut sebagai satu dari sekian warisan dunia Islam, dan membebaskannya dari pelbagai hal yang menimpanya seperti kesalahan membaca, penyelewengan, penghilangan, dan gangguan pelbagai bentuk riwayat, yang mana semakkan dari berbagai revisi sedikit luput dari hal-hal tersebut, jadi inilah dorongan yang kuat untuk melakukan pencerahan terhadap hal-hal tersebut, dan menyusunnya dalam bentuk yang selayaknya.
Jadi, kitab sejarah karya al-hafiz Ibnu Katsir ini pun dikehadapankan. Ia termasuk kitab yang sangat panjang dan mendalam perbahasannya, yang menghimpun pelbagai peristiwa sejarah dan biografi orang-orang terkenal, dan menjelaskan perbezaan sanad yang menjadi sandarannya.
Pembohongan dan plagiat banyak terjadi pada masa-masa zaman akhir fasa generasi sahabat, dan demikian juga ketika era para tabi'in yang mana pada ketika itu begitu banyak berlaku fitnah dan isu salah-faham sehingga bermula detik perpecahan yang membuahkan munculnya pelbagai kelompok-kelompok sesat dan bid'ah dalam Islam. Oleh itu, satu kaedah emas yang tidak dapat ditinggalkan yang merupakan sebuah penyelamat kisah-kisah sejarah yang benar dari kisah-kisah yang bathil adalah dengan meneliti setiap sanad khabar dan cerita yang sampai pada hari ini.
Ibnul Mubarak rahimahullah mengatakan, “Isnad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad, maka sesiapa saja akan berbicara dengan sesuka hatinya.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)
Demikian juga kata Muhammab B. Sirin rahimahullah: “Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)
Demikian jugalah apa yang diungkapkan oleh para tokoh ahli ilmu lainnya termasuk seorang tokoh tabi'in yang lain Sa'ad B. Ibrahim: “Tidak ada yang berhak mengkhabarkan sebuah hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan orang-orang yang tsiqah.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/15)
Banyak karya tulis yang bertemakan sejarah dengan beragam sudut pandang, yang dituangkan ke dalam An-Nihayah, bersumber dari materi itulah, struktur bangunan sejarah tersebut sampai ke berbagai generasi penerusnya dengan cara mengutip/meriwayatkan catatan sejarah para pendahulu mereka.
Kita pada hari ini dilimpahi dengan begitu banyak sekali khabar-khabar sejarah Islam. Namun, sejauh mana setiap satunya adalah termasuk khabar sejarah yang benar? Yang mana satu selamat dari penyelewengan, pembohongan, dan tokoh-tambah? Maka, tidak dapat tidak, setiap sejarah yang datang dan sampai kepada kita perlulah terlebih dahulu mendapat semakkan, saringan, penelitian, dan penjelasan status kesahihannya. Dan ini tidak dapat tidak melainkan dengan meneliti rangkaian sanad-sanadnya sama ada dibawa oleh orang terpercaya atau sebaliknya. Dan ini hanya mampu dilakukan oleh para ahli ilmu yang alim dan pakar dalam bidangnya, terutamanya dari kalangan ahli hadis. Demikianlah Allah memeliharan ketulenan Islam ini, dengan sebuah ilmu yang dibawa pula oleh orang-orang yang benar lagi terpercaya.
Berawal dari metode inilah, sangat tampak jelas keistimewaan penulis buku sejarah ini adalah termasuk tokoh yang menguasai ilmu pengetahuan dari kalangan ulama ahli hadis, yang mengerti pelbagai dasar-dasar periwayatan, karakteristik yang membezakan, kritikan, dan penilaian terhadap riwayat-riwayat yang dapat diterima dan dan ditolak.
Keistimewaan ini terlihat dengan jelas dalam banyak perbahasan dari kitab ini, hanya saja masih ada dalam beberapa perbahasan tertentu dari kitab tersebut yang terlepas, sama ada dalam aspek teks hadis, dalam mengkritik sebahagian riwayat, atau pun dalam menimbang sebahagian hadis yang saling berbeza kupasannya, seperti perbezaan tahun di mana peristiwa tertentu itu terjadi atau dalam penyusunan dua peristiwa atau lebih, dalam menjelaskan wafatnya seseorang, atau pun bukti-bukti yang menguatkan peristiwa tertentu dan seterusnya.
Ibnu Katsir datang pada abad ke 8 Hijriyah, dan sebelumnya telah hadir banyak karya tulis selama enam abad, dan dia memiliki dan menguasai bahan yang sangat luas dan manpan, dan di hadapanya terbuka sesuatu yang secara utuh jarang diketahui atau disedari oleh para pendahulunya, atau mungkin tidak dikedepankan sebelumnya atas beberapa alasan, lalu kemudian ilmu itu terus-menerus mengalami perkembangan dan mendapat perhatian, sehingga mencapai titik kematangan.
Lantas, beliau pun menyusun kitabnya ini, dan beliau membuatnya seperti mengkritisi dan mencermati beberapa buah karya besar sebelumnya. Bahkan, tidaklah berlebihan kalau seseorang mengatakan, bahawa kitab ini hampir menjadi penutup jalan untuk menyusun kembali sejarah yang diawali dengan penciptaan makhluk serta kelanjutannya seperti pelbagai kisah orang-orang terdahulu, kemudian memperluas dan menjelaskan secara terperinci tentang fasa perjalanan hidup Nabi yang sangat harum, dilanjutkan sesudah itu dengan pelbagai peristiwa dan pelbagai informasi, yang di dalamnya berbaur dengan pelbagai peristiwa dengan pelbagai biografi, tempat dengan manusia yang mendiaminya, kedua hal tersebut adalah sumber pokok tentang ilmu sejarah, sehingga ke beberapa tahun menjelang wafatnya penulis. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Bagi edisi jilid 13 ini, ia membahaskan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 74 Hijriyah hingga 124 Hijriyyah. Iaitu peristiwa-peristiwa sekitar pemerintahan khalifah 'Abdul Malik B. Marwan, Pemberontakkan Ibnu Al-Asy'ats, kisah kekejaman al-Hajjaj, biografi al-Hajjaj antara kebaikan dan kezalimannya, kematian Sa'id B. Jubair, Kepimpinan Sulaiman B. 'Abdul Malik, Kekhalifahan 'Umar B. 'Abdil 'Aziz, Kemunculan Bani 'Abbas, Kekhalifahan Hisyam B. 'Abdul Malik B. Marwan, dan banyak lagi.