Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Talbinah Resepi Perubatan Nabawi

Talbinah Resepi Perubatan Nabawi
Talbinah Resepi Perubatan Nabawi Talbinah Resepi Perubatan Nabawi Talbinah Resepi Perubatan Nabawi Talbinah Resepi Perubatan Nabawi
Terbitan: Assabil Amin Food
Product Code: Assabil Amin Food
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.5 x 16 x 5.3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Talbinah | Pengeluar: Assabil Amin Food | Jenama: Talbinah | Berat: 500g (termasuk packaging) | Kandungan: Tepung Talbinah asli, 440gram. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Sebahagian tanaman mungkin terlihat sangat sederhana dan tidak bernilai di mata sebahagian kita, sehingga kita pun kurang mengambil peduli, tidak punya minat, sekaligus meremehkannya.

Namun, dengan pengamatan dan penelitian yang bijaksana pasti akan menyingkapkan kepada kita banyak khazanah kesihatan terpendam yang kita injak (terlepaskan) saat menapaki jalan menunju peradaban masa kini. Kita dibuai dengan lemak, kolestrol, gula, usus yang kotor, ditambah pula dengan keadaan spritual yang kacau.

Sedarkah kita bahawa apabila semakin hebatnya perkembangan kemajuan peradaban teknologi manusia hari ini khasnya dalam bidang pemakanan, maka bersamaan dengan itu akan turut diikuti dengan peningkatan jumlah penyakit yang belum pernah dideritai oleh manusia sebelum memasuki era industri dan teknologi makanan seperti hari ini.

Kita hari ini telah menelan pelbagai hasil makanan yang terhasil dari konon kebijaksanaan teknologi genetik, kejuruteraan makanan, menelan hasil makanan yang diolah dengan pelbagai bahan kimia sintetik, semburan racun serangga, dan pelbagai lagi bentuk adunan yang kononnya untuk mendapat nilai rasa dan kualiti.

Kemudian, melalui dunia perubatan moden pula, kita dihidangkan dengan ratusan kapsul antibiotik dan ratusan pil untuk mengatasi flu (selesema), mengawal tekanan darah, menstabilkan kadar gula dalam badan, sedangkan setiap hari kita mendengar dan membaca tentang kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Malah, sejak saat lahir ke dunia sahaja anak-anak kita telah disuntik dengan pelbagai macam bahan kimia atas alasan menjaga kesihatan.

Sampai-sampai pada hari ini, ramai sekali yang telah diterjang badai penyakit berganda-ganda, gugur sebagai korban teknologi dan gaya hidup moden.

Dari itu, Tahukah kita bahawa tubuh kita ini umumnya adalah hasil dari apa yang kita makan? Dan boleh dikatakan bahawa sakit atau sihatnya kita adalah bergantung kepada hasil amalan pemakanan kita?

Khazanah Pemakanan

Salah satu khazanah klasik yang kian luput dari perhatian manusia, namun tidak luput dari tajamnya pandangan kenabian adalah Talbinah; minuman atau makanan sihat hasil dari tepung barley yang belum terpisah dari kulitnya.

Barley (Asy-Sya’iir/الشَّعِيرِ) telah disebutkan dalam Al-Qur’an walaupun tidak secara langsung, dan disebutkan pula dalam As-Sunnah secara langsung. Dalam Al-Qur’an, barley disebutkan dalam cakupan ayat yang menyentuh makanan berupa biji-bijian atau bijirin (sereal). Allah menyebutkan makanan jenis ini dalam cakupan ayat-ayat nikmat. Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

Bebijian (bijirin) berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman, 55: 12-13)

Di antara isyarat lain yang menunjukkan barley termasuk tanaman atau makanan yang istimewa adalah apabila Allah Ta’ala memasukkannya sebagai salah satu makanan bijirin yang wajib dikeluarkan zakat padanya selain gandum.

Barley adalah sejenis hasil tanaman atau pertanian paling tua yang dikenal sejak zaman peradaban manusia terdahulu lagi, iaitu zaman sebelum masehi lagi. Barley memiliki keupayaan untuk hidup dalam pelbagai karektor iklim termasuk iklim yang kering lagi panas, dan penanamannya hampir tidak memerlukan air.

Ia juga mampu hidup di kawasan sekitar kutub utara, iaitu di tempat-tempat yang terkenal sejuk dan dingin.

Di era mesir kuno, atau di wilayah mesir kuno, barley merupakan salah satu sumber makanan yang paling penting, kerana ia digunakan sebagai bahan pembuatan roti dab bir.

Barley juga diyakini sebagai tumbuhan pertama yang ditanam di Ethiopia (Habsyah) atau Afrika dan Asia Tenggara sejak 4000 hingga 5000 tahun sebelum Masehi.

Kemudian terdapat pelbagai isyarat yang menunjukkan barley telah ditanam di Asia Barat sejak 7000 tahun sebelum Masehi. Adapun di negara-negara Eropah, barley hanya mula ditanam sejak 2800 tahun sebelum Masehi.

Pada hari ini, hasil barley dihasilkan atau dikeluarkan di hampir lebih dari 100 buah negara. Di antara pengeluar utama barley hari ini adalah seperi Russia, Ukraine, Perancis, German, Sepanyol, Australia, Canada, Turkey, dan United Kingdom.

Apa itu Talbinah?

Talbinah atau talbin adalah minuman lembut yang dihasilkan dari bebijian (atau sereal) barley yang telah dihaluskan, ditumbuk, dikisar, atau telah dijadikan tepung bersama-sama dengan kulitnya.

Adakalanya minuman ini dicampur dengan susu dan madu sebagai pemanis. Dinamakan talbinah kerana mirip dengan susu dilihat dari warnanya, nilai gizi, dan kelembutannya. Barley yang diambil bagi menghasilkan talbinah adalah dari hasil barley yang putih dan gendut (buncit).

Jadi, talbinah adalah dari hasil bijirin barley hancur yang dihancurkan (menjadi tepung) bersama-sama dengan kulitnya. Dengan demikian, kandungan zat-zat dan vitamin bermanfaat yang banyak terdapat pada kulitnya pun dapat diambil bersama.

Perbezaan Barley Dengan Talbinah

Air barley adalah air yang terhasil bersama dengan didihan barley yang telah dibuang kulit. Oleh itu, air barley lebih rendah nilai gizinya berbanding dengan talbinah.

Adapun talbinah, ia adalah dari barley terpilih yang cukup matang yang dikisar atau dijadikan tepung tanpa dipisahkan dari kulitnya. Kulitnya hancur menjadi tepung bersama-sama dengan barleynya.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

Jika ingin mengetahui kelebihan talbinah, maka anda perlu terlebih dahulu mengetahui kelebihan air barley. Bahkan, talbinah itu lebih baik berbanding air barley. Kerana talbinah adalah sup (atau rebusan) yang dihasilkan dari tepung barley berserta dengan kulitnya.

Beza antara talbinah dengan air barley adalah, air barley dimasak dalam keadaan utuh, sementara talbinah dimasak setelah dibuat tepung, dan ini lebih bermanfaat berbanding air barley. Kerana dengan dijadikan tepung, khasiat barley akan keluar.” (Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’aad, 4/119-121)

Barley dalam makanan dan diet Nabi

Hadis dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

مَا أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ وَلَا أَكَلَ خُبْزًا مُرَقَّقًا حَتَّى مَاتَ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah makan di atas meja dan tidak pula pernah makan roti lembut (yang bebijiannya diasingkan dari kulitnya sebelum dihancurkan) sampailah beliau wafat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2363)

Dalam Musnad Ahmad, dari ‘Aisyah beliau berkata:

وَالَّذِي بَعَثَ مُحَمَّدًا بِالْحَقِّ، مَا رَأَى مُنْخُلًا، وَلَا أَكَلَ خُبْزًا مَنْخُولًا، مُنْذُ بَعَثَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى أَنْ قُبِضَ

“Demi yang Muhammad diutus dengan haq (kebenaran), tidaklah beliau melihat alat pemutih tepung, dan tidak pernah beliau makan roti yang lembut yang diputihkan (yang bijirinnya dikisar dan diasingkan dari kulitnya) semenjak beliau diutus oleh Allah ‘Azza wa Jalla sampailah beliau diambil Allah.” (Musnad Ahmad, no. 24421)

Hadis dari Tabi’in; Abu Haazim (Salamah bin Dinar), beliau bertanya kepada Sahabat Nabi Sahl bin Sa’d:

أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّقِيَّ؟ يَعْنِي الحُوَّارَى، فَقَالَ سَهْلٌ: «مَا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّقِيَّ حَتَّى لَقِيَ اللَّهَ»، فَقِيلَ لَهُ: هَلْ كَانَتْ لَكُمْ مَنَاخِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: «مَا كَانَتْ لَنَا مَنَاخِلُ»، قِيلَ: فَكَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ بِالشَّعِيرِ؟ قَالَ: «كُنَّا نَنْفُخُهُ فَيَطِيرُ مِنْهُ مَا طَارَ، ثُمَّ نُثَرِّيهِ فَنَعْجِنُهُ

“Pernahkan Rasulullah makan An-Naqii? Iaitu Al-Huwwara (roti putih yang terhasil dari bijirin gandum atau barley yang dihancurkan dengan terlebih dahulu diasingkan dari kulitnya – pent.)?”

Maka Sahl jawab:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam makan An-Naqii sampailah beliau diwafatkan Allah.”

Aku bertanya kepadanya, “Adakah kalian dahulu di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki alat pemutih tepung (atau alat untuk mengasingkan bebijian gandum mahupun barley dari kulitnya)?”

Maka beliau berkata:

“Kami tidak pernah memilikinya.”

Aku bertanya, “Jadi bagaimana kalian memakan barley yang tidak diasingkan dari kulitnya?”

Beliau jawab:

“Dulu kami menumbuk kemudian meniupnya sehingga berterbangan apa yang terbang (dari kulit-kulit yang hancur), lalu kemudian kami pun mengadun (memasak) dengan air apa yang tersisa.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2364)

Demikian jugalah Rasulullah, beliau tidak memiliki alat pemutih tepung atau alat yang mengasingkan antara bebijian barley atau gandum dari kulitnya. (Lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5413)

Sahabat Nabi; Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:

مَا كَانَ يَفْضُلُ عَنْ أَهْلِ بَيْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُبْزُ الشَّعِيرِ

“Tidaklah pernah roti yang terbuat dari sereal barley tersisihkan dari ahli rumah (keluarga) Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2359)

Jika dikaji hadis-hadis berkaitan barley ini, nescaya kita akan melihat lagi bahawa barley (الشَّعِيرِ) ini termasuk makanan/diet utama di zaman Rasulullah bersama-sama para sahabatnya di Madinah.

Talbinah Dalam Tinjauan Perubatan Nabi

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

التَّلْبِينَةُ مُجِمَّةٌ لِفُؤَادِ المَرِيضِ، تَذْهَبُ بِبَعْضِ الحُزْنِ

“Talbinah berkhasiat menenangkan hati orang yang sakit, serta menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5417. Bab: At-Talbiinah)

Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) di dalam kitab Shahih-nya meletakkan hadis berkenaan tabinah ini di dua tempat, salah satunya di bab:

بَابُ التَّلْبِينَةِ لِلْمَرِيضِ

“Bab: Talbinah untuk orang yang sedang sakit.” (Shahih Al-Bukhari, 7/124)

Demikian juga dengan imam An-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Shahih Muslim, turut meletakkan hadis ini di bab:

التَّلْبِينَةُ مُجِمَّةٌ لِفُؤَادِ الْمَرِيضِ

“Talbinah dapat menenangkan hati orang yang sedang sakit.”

Dan juga dalam kitab-kitab Sunan yang lain serta kitab-kitab Thibbun Nabawi karya para ulama terdahulu.

Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

التلبينة فبفتح التاء وهى حساء من دقيق أو نخالة قالوا وربما جعل فيها عسل قال الهرواى وغيره سميت تلبينة تشبيها باللبن لبياضها ورقتها وفيه استحباب التلبينة للمخزون

“At-Talbinah adalah bubur yang diperbuat dari tepung halus (sejenis bijirin berkualiti). (Sebahagian ulama) mengatakan ia diadun (disediakan sebagai hidangan) dengan campuran madu. Imam Al-Harawi dan selainnya mengatakan, “Ia dinamakan at-Talbinah kerana ia menyerupai susu pada keputihannya (warnanya), dan kelembutannya.” Di dalam hadis terdapat anjuran membuat bubur dengannya untuk orang yang sedang bersedih dan sedang dalam sakit.” (Syarah Shahih Muslim, 14/202-203)

Manakala Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata dalam kitabnya, Ath-Thibbun Nabawi:

“Gizi yang terkandung dalam talbinah lebih besar berbanding dengan tepungnya. Ia merupakan penawar yang berkahsiat untuk mengubati batuk, dan radang tekak, sesuai untuk menghilangkan selesema, melancarkan buang air kecil, membersihkan saluran pemakanan, menghilangkan dahaga, dan menghilangkan rasa kepanasan.” (Ath-Thibbun Nabawi, m/s. 329)

Dari Ummul Mundziir, beliau berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ عَلِيٌّ وَلَنَا دَوَالٍ مُعَلَّقَةٌ، قَالَتْ: فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ وَعَلِيٌّ مَعَهُ يَأْكُلُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ: «مَهْ مَهْ يَا عَلِيُّ، فَإِنَّكَ نَاقِهٌ»، قَالَ: فَجَلَسَ عَلِيٌّ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ، قَالَتْ: فَجَعَلْتُ لَهُمْ سِلْقًا وَشَعِيرًا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا عَلِيُّ، مِنْ هَذَا فَأَصِبْ، فَإِنَّهُ أَوْفَقُ لَكَ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah datang ke rumahku bersama ‘Ali dan di sisi kami ketika itu ada beberapa tandan kurma yang tergantung. Kemudian Rasulullah pun makan, dan ‘Ali juga turut makan ebrsamanya. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata kepada ‘Ali:

“Mah, mah wahai ‘Ali (berhenti dan keluarkan wahai ‘Ali), kerana engkau belum benar-benar sembuh (dari sakit).”

Maka ‘Ali pun duduk dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meneruskan makan. Maka aku pun membuatkan silqaa (sejenis makanan) dan barley. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

“Wahai ‘Ali, makanlah ia kerana ianya lebih sesuai untuk engkau.” (Sunan At-Tirmidzi, 2037)

Penyediaan Talbinah

Ada beberapa metode penyediaan talbinah. Antaranya dengan cara mereneknya atau dijadikan sebagai bubur. Sesuai untuk dicampur dengan potongan daging lalu di-sup.

Atau direnek dengan air mendidik, diadun hingga lembut/sebati dan pekat, lalu dicampur dengan susu segar dan ditambahkan dengan pemanis seperti kurma, sari kurma, atau lainnya. Sesuai dimakan apabila telah suam. Atau boleh juga dicampur dengan susu pekat manis seperti penyediaan oat.

Atau boleh juga dicampurkan dengan air panas mendidih, dikacau sehingga lembut, sebati, dan halus lagi pekat, kemudian dibiarkan sejuk lalu dicampurkan dengan madu atau potongan buah-buahan (sebagai pemanis). Enak dimakan ketika telah suam atau sejuk.

Masih ada beberapa bentuk penyediaan yang lain bergantung kepada kreativiti dan selera.

Ringkasan Penelitian Kajian Terkini

Menurut kajian sains dan dari sisi perubatan Nabawi, Talbinah memiliki unsur yang mampu memberi ketenangan jiwa, perasaan, dan meredakan rasa sakit kerana di antara bahan zat yang terkandung padanya adalah seperti:

Betaglucan, Vitamin E, Potasium, Magnesium, Anti Oksidan, Vitamin B, mengandungi Melatonin, Lysine, Hormon Prostaglofuin, serta beberapa lagi lainnya.

Di antara Khasiatnya sebagaimana kajian para Doktor, Saintis, dan ilmuan Islam:

1, Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh

2, Mampu menghilangkan tekanan perasaan atau depressi, dan stress

3, Merendahkan tekanan darah tinggi

4, Meredakan kencing manis dengan mengawal keseimbangan gula dalam darah.

5, Meredakan tekanan jantung.

6, Meredakan gangguan tidur.

7, Mampu membantu penyusuan anak bagi ibu-ibu.

Serta beberapa lagi lainnya.

Sesuai juga untuk dimakan walaupun tidak ada sebarang penyakit atau tekanan perasaan kerana rasanya yang memang enak jika kena dengan cara hidangan dan penyediaannya. Hidangan talbinah juga sesuai untuk anak-anak seawal usia 6 bulan dan ke atas, dan yang terbaik apabila sebaik anak-anak telah mula tumbuh gigi.

Kerana kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

وينبغي أن يقتصر بهم على اللبن وحده إلى نبات أسنانهم لضعف معدتهم وقوتهم الهاضمة عن الطعام فإذا نبتت أسنانه قويت معدته وتغذى بالطعام فإن الله سبحانه أخر إنباتها إلى وقت حاجته إلى الطعام لحكمته ولطفه ورحمة منه بالأم وحلمة ثديها فلا يعضه الولد بأسنانه

“Sebaik-baiknya bayi hanya diberikan dengan air susu ibu sahaja sehingga gigi-giginya tumbuh, kerana pada ketika itu organ dan sistem penceranaannya masih lemah untuk menghadam makanan (selain dari air susu ibu). Jika gigi-giginya telah mula tumbuh, bermakna organ penceranaan telah mula mantap dan sempurna untuk mencernakan makanan. Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melewatkan waktu pertumbuhan giginya sehingga ke waktu yang ia benar-benar memerlukan makanan disebabkan hikmah tertentu, sebagai bukti kelembutan, dan dengan sebab kasih sayang-Nya terhadap bayi serta si ibu.” (Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud, m/s. 231)

Talbinah diberikan kepada anak-anak bersama manisan seperti kurma hancur. Atau boleh juga dengan dicampur madu, atau juga boleh bersama buah-buahan segar (dalam bentuk perahan jus). Elakkan menggunakan gula, kerana gula tidak sesuai untuk anak-anak kecil. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com, tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net