Judul: Ensiklopedia Hikmah 606 Hikmah & Kisah Salaf (Intisari Kitab Shifatush Shofwah) | Penulis Asal: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Diringkas oleh: Ibnu Abdil Barri | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 650g | Muka Surat: 369m/s. (Soft Cover)
Shifatus Shofwah adalah buku masterpiece seorang ulama ternama abad ke-6, iaitu Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (509H-597H). Antara karya beliau yang seumpamanya adalah seperti Al-Adzkiya', Shaidul Khaathir, dan Ath-Thibbur Ruhani.
Shifatush Shofwah adalah antara yang teristimewa, tidak akan bosan menela'ahnya. Pembaca akan dibuai pesona kata-kata indah para salaf, tokoh-tokoh ulama generasi awal sebelum 300 hijrah. Kata-kata mereka tidak seperti kata-kata manusia lainnya, tidak pula seperti tokoh-tokoh yang ada pada hari ini. Kata-kata mereka berisikan mutiara, penuh dengan akhlak, nasihat, dan kelembutan yang mampu menundukkan jiwa.
Kekuatan kata-kata memang dahsyat. Bahkan lebih tajam dari pedang, atau boleh jadi begitu lembut sehingga menusuk kalbu menembusi jiwa. Kata-kata yang haq mampu membakar hati yang beku dan menghidupkan jiwa yang mati. Kata-kata umpama sihir yang mampu mempengaruhi pemikiran seseorang. Apatah lagi apabila kata-kata tersebut datangnya dari orang yang berilmu, dari kalangan generasi terbaik pula, iaitu generasi yang memiliki kefaqihan dan kebijaksanaan.
Maka, inilah bukunya... Sebuah buku yang menghimpunkan kata-kata penuh hikmah dan nukilan kisah-kisah orang soleh terpilih. Kata yang terungkap dari jiwa yang dibaluti ilmu dan amal-amal soleh. Sehingga setiap kata yang terungkap memiliki daya kehidupan dan menggugah jiwa yang mendengar atau membacanya. Ia bukan kata lawak jenaka, bukan pula ucapan khayalan. Ia adalah kata-kata yang terungkap dari generasi yang paling memahami Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnah-sunnah Rasul-Nya.
Buku ini adalah intisari atau ringkasan dari karya Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah, iaitu kitab Shifathush Shofwah. Semoga kata-kata mutiara dan hikmah yang terhimpun di dalamnya mampu memberi semangat, mampu membimbing, memberi peringatan, mampu menggugah jiwa yang terlalai, dan mengarahkan kepada pintu hidayah.