Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.3 x 3.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM84.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Ijma’ Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah | Judul Asal ('Arab): Mausu’atul Ijma’ li Syaikhil islam Ibn Taimiyah Penulis: Dr. Abdullah B. Mubarak al-Bushi | Penerbit: Darul Falah | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 790m/s. (Hard cover)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ

“Sesungguhnya, umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3950)

Imam asy-Syafi’e rahimahullah (Wafat: 204H) menjelaskan:

أن عامتهم لا تجتمع على خلاف لسنة رسول الله

“Bahawasanya mereka (umat Islam) tidak akan bersepakat untuk menyelisihi Sunnah Rasulullah.” (Imam asy-Syafi’i, Ar-Risalah, m/s. 472)

Dan ijma’ yang sebenar adalah ijma’ para ulama salaf (generasi awal) dari kalangan para sahabat, kerana di dalam kalangan umat setelah mereka telah muncul ikhtilaf (perselisihan) yang sangat banyak. Keadaan umat setelah mereka jauh berbeza dengan generasi para sahabat. Adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk terjadinya ijma’ setelah generasi para sahabat disebabkan banyak faktor, namun tidaklah bererti ia sesuatu yang mustahil.

Dengan sebab itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan supaya mengikuti jalan (prinsip) para sahabat. Dan agama itu sendiri datangnya dari kalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang berguru secara langsung daripada Rasulullah. Dan sesiapa yang menyelisihi mereka dari generasi setelah mereka dalam soal cara beragama, sebenarnya mereka telah menyelisihi ijma’ (kesepakatan para sahabat).

Dengan sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أُمَّتِي لَن تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ الاخْتِلَاف فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

“Apabila di antara kamu melihat perselisihan, hendaklah kamu bersama as-Sawadul A’zham.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3950. Dari hadis Anas B. Malik. Dinilai dha’if oleh Al-Albani)

Dan as-Sawadul A’zham itu adalah sebagaimana yang telah dijelaskan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah. Di antaranya sebagaimana perkataan Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):

As-Sawadul A’zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebahagian perkara agama, maka dia termasuk orang yang ingkar.” (lihat: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, m/s. 22, Tahqiq: Muhammad Sa'id Salim Al-Qahthani)

Dan Rasulullah juga telah menjelaskan bahawa golongan yang selamat itu adalah al-Jama’ah, iaitu mereka yang mengikuti jalan agama yang beliau bawa bersama para sahabatnya.

Ishaq (bin Rahawaih) berkata:

“Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawadul A’zham, sudah tentu mereka akan menjawab: “majoriti/himpunan (jama’ah) manusia”, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang teguh kepada atsar (jejak dan jalan hidup) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. (lihat: Asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Dengan tepatnya, ijma’ secara Istilah didefinisikan sebagai: Kesepakatan semua mujtahid umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam setelah wafat beliau, di suatu masa tertentu atas suatu permasalahan keagamaan. (lihat: Syarh Al-Kawakib, 1/211. Bayan Al-Mukhtashar, 1/522. Al-Mustashfa, 1/186. Al-Ihkam karya Al-Amidi, 1/235. Al-Musawwadah, m/s. 329. Ushul As-Sarkhasi, 1/316. Manahij Al-Uquul, 2/425. Al-Ahkam karya Ibnu Hazm, 2/552)

Ijma’ (konsensus) adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama dengan merujuk pada Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Kedudukan Ijma’ dalam fiqh islam merupakan salah satu sumber dalil Syar’i yang disepakati oleh para Ulama.

‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu mengatakan:

“Putuskan dengan apa yang ada di Kitab Allah. Jika engkau tidak temukan dalam Kitab Allah, putuskan dengan apa yang ada di dalam Sunnah Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Jika tidak juga engkau temukan, putuskan dengan apa-apa yang orang-orang soleh sebelum kalian memutuskan perkara.”

Disebutkan dalam riwayat yang lain, “... maka, dengan kesepakatan semua orang.” (Lihat: I’lam al-Muwaqqi’in, 2/227, 1/62, 1/85, 1/86. Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa fadlih, m/s. 360 oleh Ibn ‘Abdil Barr)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata kepada sebahagian tabi'in:

“lihatlah di Kitab Allah. Jika kalian tidak menemukannya dalam Kitab Allah, lihat di Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka hendaklah berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin.” (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi. lihat:  Tharh at-Tats-rib, 3/79)

Masalah-masalah yang menjadi ijma’ sangatlah banyak. Abu Ishaq al-Isfarayini rahimahullah berkata, “Kita mengetahui bahawa masalah-masalah ijma’ itu lebih dari dua puluh ribu masalah.”

Ijma’ membantu memberikan gambaran berkenaan masalah-masalah khilafiyah (yang diperselisihkan) ketika dipaparkan apa yang menjadi sumber perbezaan pendapat. Menyebarluaskan masalah ijma’ akan menyatukan hati umat Islam dengan pelbagai mazhab mereka di bidang fiqh. Dengannya menjadi jelas bahawa titik-titik yang diperselisihkan adalah masalah cabang (furu’) pelbagai kesepakatan tercapai di antara mereka dalam banyak masalah, sebagaimana kesepakatan juga tercapai di bidang asas-asas (ushul) agama.

Kedudukan ijma’ menjadi jelas dengan hal-hal berikut:

1, Secara global, ijma’ merupakan dalil paling terpuji di antara dalil-dalil yang disepakati boleh dijadikan hujjah.

2, Ijma’ diutamakan atas al-Kitab dan as-Sunnah ketika keduanya dilihat saling bertentangan. Ini adalah kerana kekuatannya dibentuk dari sandarannya, iaitu dalil-dalil syar’i yang valid (sekalipun terkadang tidak banyak kita ketahui), akan tetapi wajib diyakini dan dipastikan kebakuan dan keabsahannya terlebih dahulu. Hal tersebut mengenangkan betapa banyak ijma’ dengan masalah-masalah tertentu yang tidak baku dan tidak benar.

3, Ijma’ adalah dalil yang menunjukkan adanya dalil syar’i yang menjadi sandarannya sekalipun tidak kita ketahui. Kerana, ijma’ menurut jumhur wajib memiliki sandaran. Sandaran itu jika dari Kitab atau as-Sunnah, disepakati boleh (jaiz). Jika sandaran itu dari qiyas atau seumpamanya, juga dibolehkan menurut kebanyakan ulama.

4, Ijma’ adalah hujjah mutlak yang tidak berlaku nasakh (penghapusan) padanya.

5, Ijma’ sejalan dengan al-Kitab dan as-Sunnah; orang yang mengingkari ijma’ ini adalah kafir secara mutlak.

Dengan semua ini, jelaslah kedudukan ijma’ adalah termasuk satu sisi dari dalil-dalil syar'i. Ijma’ menduduki posisi yang mulia di antara keduanya dan ia memiliki fungsi dan kekuatan ketika disebutkan sehingga harus diberi perhatian besar bersesuaian dengan posisi serta kedudukannya. (lihat: Syarh Al-Luma’, 2/683. Hujjiyyat Al-Ijma’, m/s. 962 karya Dr. Muhammad Farghali. Al-Ihkam karya Al-Amidi, 1/126. At-Tahrir wat Tahbir, 3/109. Al-Wushul karya Ibnu Burhan, 2/114. Hasyiyah Al-Aththar, 2/229. Hasyiyah Al-Bannani, 2/195. Al-Ibhaj karya Ibnu As-Subki, 2/439. Al-Bahrul Muhith, 4/450. Kasyf Al-Asrar karya al-Bukhari, 3/482.

Kita tak perlu takut dengan ijma’ yang bathil atau sesat sehingga kita terpaksa bersikap “berjaga-jaga” terhadapnya, kerana hal tersebut insya-Allah tidak ada, kerana Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memohon kepada Allah agar melindungi umatnya dari kesepakatan-kesepakatan yang menyesatkan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Aku meminta kepada Rabb-ku agar umatku tidak bersepakat atas kesesatan lalu Allah pun mengabulkannya.” (Diriwayatkan oleh Al-Qurthubi dalam Jaami’ Bayan Al’-Ilmi wa Fadhlihi, no. 1390) dan juga:

“Umatku selama-lamanya tidak akan pernah sedikitpun bersepakat (ijma’) di atas kesesatan. Oleh itu, berjema’ah-lah (bersatulah) kalian kerana tangan Allah ada dalam al-jamaah (perpaduan).” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 13623)

Lebih-lebih lagi yang bersepakat bukanlah orang-orang awam (bukan pula orang jahil) sebaliknya adalah para ulama yang dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan juga orang-orang yang berilmu.” (Surah Al-Mujadilah, 58: 11)

Sehingga dengan demikian tidak mungkin para ulama ini bersepakat di atas sesuatu yang membahayakan ataupun merugikan umat Islam kerana mereka adalah orang-orang yang sangat takut sekali kepada Allah.

Sehingga umat Islam dengan tenang mampu menjalankan hukum-hukum agama yang terbentuk dari ijma’-ijma’ tersebut.

Ensiklopedi Ijma’ Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah ini disusun selari mengikuti bab-bab fiqh dengan jumlah permasalahan mencapai 1500. Di dalamnya mengupas hal-hal yang datang daripada Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam bentuk kajian ilmiyah, atau syarah atas pelbagai perkataan dan pendapatnya yang disarikan lebih dari 50 jilid buku-buku beliau.

Inilah seorang alim yang jika disebutkan saja namanya, ramai orang akan bersemangat dan mata pun terbuka ingin mengetahui fatwa-fatwanya serta mencari pencerahan dari cahaya himpunan hujjah-hujjahnya. Kerana, beliau adalah termasuk orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah ‘Azza wa Jalla berupa kedalaman pemahaman fiqh dengan setiap dalil-dalilnya yang diiringi dengan kecemerlangan akal, kecerdasan jiwa, kekuatan dalil, pandangan luas dengan sikap yang pantas, hujah yang lantang, sikap taqwanya yang tinggi dan berjiwa wara’, zuhud serta ikhlas dengan jihad dan mujahadah. Beliau terkenal dengan ishlah dan pembaharuan sehingga beliau menjadi seorang yang faqih, dan pandangannga begitu menyerlah dan briliant. Menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Semoga Allah merahmati Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H).

Buku ini menghimpunkan sajian nukilan-nukilan ijma’ para ulama terdahulu yang disebutkan oleh Ibnu Taimiyah dalam pelbagai kitab-kitab beliau.

Dan ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

“Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia bergelumang terhadap kesesatan yang telah meliputinya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’, 4: 115)

Berkenaan ayat ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

“Firman Allah (maksudnya) “Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya” adalah sesiapa yang berjalan di atas selain jalan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan sebab itu dia telah berada di suatu kedudukan tertentu, manakala syari’at pula berada pada kedudukan yang lain. Perkara tersebut berlaku dengan sengaja setelah jelas, nyata dan terangnya kebenaran.

Firman Allah (maksudnya) “Dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin” ini saling berkait dengan sifat nash yang pertama tadi. Tetapi, bentuk penyimpangan tersebut boleh merujuk sama ada kepada penyimpangan dari pemberi syari’at atau boleh juga merujuk kepada ijma’ (kesepakatan) umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang telah diketahuinya secara pasti. Kerana ayat ini mengandungi jaminan untuk kesepakatan mereka yang tidak mungkin salah, sebagai pengiktirafan bagi mereka dan pengagungan bagi Nabi mereka. Terdapat begitu banyak hadis sahih yang menjelaskan perkara tersebut. Dan ayat ini pula yang dijadikan sandaran (dasar) oleh Imam Asy-Syafi’i rahimahullah di dalam berhujjah iaitu bahawa ijma’ merupakan hujjah yang diharamkan bagi seseorang untuk menyelisihinya, setelah melalui penelitian yang penuh kehati-hatian dan perkiraan yang lama. Perkara tersebut merupakan hasil kesimpulan yang terbaik dan kuat, walaupun terdapat sebahagian ulama yang mempersoalkannya dan menganggapnya terlalu jauh.” (lihat: Al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 2/412-412)

Selamat menela’ah dan membuat semakkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net