Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Teladan Hidup Orang-orang Pilihan

Teladan Hidup Orang-orang Pilihan
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.6 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Teladan Hidup Orang-orang Pilihan | Judul Asal ('Arab): Jawaahir Shifatish Shafwah | Penulis: Ahmad Salim Ba Duwailan | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 400g | Muka Surat: 222m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini diberi judul Jawaahir Shifatish Shafwah yang bermaksud "Permata Sifat orang-orang Terpilih". Ia adalah ringkasan dari kitab hebat karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Sebuah kitab yang membukukan ungkapan-ungkapan indah tentang manusia-manusia pilihan bermula dari kalangan sahabat, tabi'in, sehinggalah ke era para imam-imam hadis. Ia mengungkapkan kezuhudan, peribadi, akhlak, ibadah, doa-doa, sikap-sikap mulia, dan mutiara-mutiara kata mereka. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Sejarah hidup generasi Salaf  mengandungi banyak sekali pelajaran yang berharga, teladan yang baik, petunjuk dan cahaya, kemenangan dan keberuntungan, kebahagiaan dan kejayaan. Di sana ada penyucian hati, kelembutan jiwa, pemantapan iman dan tauhid, dan pemandangan nyata mengenai sikap kesungguhan terhadap agama. Dan boleh dikata bahawa sejarah hidup mereka adalah figur yang dapat dijadikan sebagai contoh dan tauladan dalam segala hal.
 
Sahabat Nabi, 'Abdullah B. Mas'oud  Radhiyallahu 'anhu pernah berkata:
 
"Sesiapa yang ingin mencari tauladan, hendaklah ia mencari tauladan dari orang-orang yang telah mati. Kerana orang yang hidup tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."
 
Itulah jalan dan nasihat 'Abdullah B. Mas'oud, sebagai pedoman bagi kita dalam mencari suri tauladan. Sebab, manusia yang sempurna jumlahnya sangatlah sedikit.
 
Membicarakan kehidupan generasi seperti mereka akan menghidupkan hati dan membangkitkan semangat Oleh kerana itulah ketika ulama besar al-Imam 'Abdullah B. al-Mubarak rahimahullah  ditanya, "Mengapa engkau tidak mahu duduk bersama kami?" Beliau menjawab, "Aku pergi untuk duduk bersama para sahabat Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam."
 
Maksudnya adalah  beliau lebih memilih untuk belajar dan membaca buku-buku biografi dan sejarah hidup mereka.
 
Kerana metode pendidikan yang dapat meresap ke dalam hati adalah dengan membaca sejarah hidup orang-orang terkemuka.
 
Maka penulis buku ini menjelaskan:
 
"Risalah ini saya beri judul "Jawaahir Shifatish Shofwah" kerana saya meyakini bahawa apa yang saya sarikan dari buku tersebut merupakan perkara paling indah yang termaktub (tertulis) di dalam kitab berharga yang ditulis oleh Ibnul Jauzi dengan penulisan yang berbeza dengan gaya penulisan saya."

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net