Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin)

Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin)
Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin) Mukhtashar Minhajul Qashidin Karya Ibnu Qudamah (Intisari Ihya' 'Ulumuddin)
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 4

ISBN: 9789791254649
Availability: In Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Minhajul Qashidin | Judul Asal ('Arab): Mukhtashar Minhaajul Qaashidiin | Penulis: Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy rahimahullah (Wafat: 629H) | Tahqiq: Syaikh Zuhair asy-Syawisy | Takhrij hadis: Berdasarkan Kitab-kitab Syaikh al-Albani rahimahullah selain tambahan nota kaki oleh Team Editor Darul Haq | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.31kg | Muka Surat: 766m/s. (Hard cover)


Kitab yang sedang anda perhatikan ini adalah sebuah kitab yang menjelaskan kepada kita kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, menyeru mengenal dan mengajak kepada sifat taqwa, menyelami erti adab dan akhlak dalam pelbagai aspek kehidupan, memahami konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama.

Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya’ ‘Ulumiddin (oleh Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah (Wafat: 505H)). Ini kerana, kitab Ihya’ ‘Ulumiddin adalah sebuah kitab yang mengajak kepada semua itu (tazkiyatun nafs/penyucian jiwa), namun disayangkan di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan dan kesalahan dari beberapa sisi, yang antaranya banyak sekali menggunakan dan mengenengahkan hadis-hadis yang palsu (maudhu’), dha’if, dan mauquf. Maka, apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada banyak syubhat, salah-faham dan penyimpangan di dalam urusan dan tujuan asal kitab ini, iaitu penyucian jiwa.

Maka, Kitab ini (Minhajul Qashidin) pun disusun oleh Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (597H). Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H). Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan kita terjemahannya sekarang. Kemudiannya kitab ini dipersembahkan dengan semakkan tambahan oleh Syaikh Zuhair Asy-Syawisy yang di antaranya dengan tambahan takhrij bagi setiap hadis-hadis dan juga disertakan komentar-komentar ringkas pada bahagian nota kakinya, semoga dengan hal tersebut mampu akan membantu dan memberi keyakinan kepada kita dalam mengambil dan mencerna setiap helaian isi kandungannya.

Di antara kandungan perbahasan yang terpapar di dalam kitab ini adalah tentang wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan Al-Qur’an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Prinsip yang dibawakan oleh penyusun kitab ini adalah dengan prinsip yang sahih lagi ilmiah berpandukan Al-Qur’an, As-Sunnah, dan kefahaman yang benar di atas jalan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Yang dengannya menafikan konsep penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) yang menyimpang lagi menyesatkan yang tidak bersumberkan dalil agama yang benar dan jelas.

Keistimewaan Terbitan/Terjemahan Darul Haq

1, Disertakan penjelasan takhrij berpandukan kitab-kitab hadis yang muktabar.

2, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh ‘Ali bin Hasan Al-Halabi.

3, Disertakan tambahan catatan oleh Syaikh Zuhair Asy-Syawisy.

4, Format editing dan persembahan yang lebih menarik dan mesra pembaca.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net