Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Cinta Rasul Antara Sikap Berlebihan dan Menyepelekan

Cinta Rasul Antara Sikap Berlebihan dan Menyepelekan
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM28.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Cinta Rasul Antara Sikap Berlebihan dan Menyepelekan| Judul Asal ('Arab): Huquq an-Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam baina al-Ijlaal wal-Ikhlaal | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, Syaikh Dr. 'Abdul 'Aziz Alu 'Abdul Lathif, Syaikh 'Abdul Lathif B. Muhammad al-Hasan, dan beberapa lagi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 300g | Muka Surat: 236m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam termasuk di antara kewajiban yang paling prinsip bagi setiap Muslim, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)

Dan tanda yang paling utama dalam melaksanakan cinta terhadap Nabi adalah dengan mempelajari sunnah-sunnah beliau, mengamalkannya, dan mendakwahkannya kepada masyarakat. Dan melaksanakan sunnah beliau serta menjadikan beliau sebagai panutan dalam beragama adalah termasuk pula tanda yang utama dalam merealisasikan cinta terhadap Allah dan mengharap kedudukan yang baik di hari kiamat kelak.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan melalui tafsirnya:

“Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku mencintai Allah tetapi mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah pengakuannya itu hanya suatu pendustaan sehingga mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam kitab Shahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (katanya), “Sesiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya daripada kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/32)

Demikian juga di ayat yang lain:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa sesiapa yang mengikuti dan melaksanakan sunnah beliau, pasti akan terselamat dari kesesatan:

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى

“Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia tidak akan menderita (dengan azab sengsara).” (Surah Thoha, 20: 123)

Dalam kalangan kaum Muslimin pada hari ini, dalam persoalan mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terdapat dua kelompok yang ekstrim. Kelompok pertama, mereka mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara berlebihan, sehingga dalam tidak sadar mereka telah meletakkan beliau pada maqam ketuhanan yang mampu memberikan manfaat dan menghilangkan mudharat. Malah ada yang meyakini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mampu memberikan kesembuhan, memperkenankan doa, dan menyucikan dosa-dosa.

Perhatikanlah beberapa kupasan di dalam buku ini berkaitan sikap sebahagian kelompok umat Islam yang menjadikan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai bahan yang dipuja dan disembah. Tidak ubah sebagaimana sikap sebahagian kaum musyrikin yang menyembah makam orang-orang soleh dari kalangan mereka. Juga sebagaimana kaum Yahudi dan Nashara yang menjadikan orang-orang soleh mereka sebagai tempat beristighisah dan bertawassul serta mencari keberkahan. Ini semua adalah contoh berlebihan dalam mencintai Nabi yang mulia sehingga membawa ke lembah syirik dan kekufuran.
 
Kelompok kedua pula adalah sebaliknya, mereka bersikap lalai, meremehkan, dan bermudah-mudahan dalam melaksanakan kewajiban mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam; sehingga mereka hampir tidak mengenal beliau kecuali sekadar nama belaka.
 
Kedua titik ekstrim ini tidak memiliki tempat dalam syari'at dan as-Sunnah yang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ajarkan. Pelbagai bentuk penyimpangan dalam tata cara mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dikupas oleh buku ini. Sekaligus cara yang benar dalam mencintai beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun dijelaskan secara terperinci.
 
Di antara aspek perbahasan yang diperincikan dalam buku ini adalah seperti mengedepan sunnah-sunnah Nabi, mencontohi akhlak beliau, mengikuti para ulama yang memiliki hujah dan dalil dari sunnah-sunnah Nabi yang sahih, memberi perhatian mendalami sirah Rasulullah, menjauhi bid'ah-bid'ah, cara berselawat kepada Nabi, cinta kepada Nabi termasuk cinta kepada Allah, keutamaan mencintai Nabi, mencintai para sahabat beliau dan cara-caranya, memuliakan ahli bait atau para ahli keluarga beliau, membela sunnah-sunnah beliau dan menentang orang-orang yang menentangnya, menjaga kehormatan kota Nabi, membenarkan setiap apa yang dismapaikan oleh beliau, mendalami dan mempelajari serta mengamalkan hadis-hadis yang sahih, melaksanakan syari'at yang beliau bawa, menyebarkan dan mendakwahkan sunnah-sunnah beliau, dan banyak lagi lainnya dalam usaha merealisasikan cinta sejati terhadap beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
 
Ingatlah, kelak kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita cintai. Maka, jadikanlah orang yang kita cintai itu adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti mereka.
 
Buku ini turut mengupas beberapa bentuk salah fahaman dalam praktik dan tata cara mencintai Nabi. Antaranya adalah dengan menyambur maulid Nabi, sedangkan Nabi dan para sahabat sendiri tidak pernah menyambutnya. Kemudian fenomena nasyid-nasyid, lagu-lagu burdah, dan qasidah-qasidah juga turut dikupas melalui buku ini.
 
Semoga buku ini menjadi buku yang bemanfaat untuk kita semua, iaitu menjadi buku yang membuahkan ilmu bermanfaat, mampu membuka jalan kepada kita merealisasikan cinta kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan cara yang benar. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net