Judul: Buku Poket Mujarobat Dzikir-dzikir Penjagaan dan Perlindungan | Penulis: Syaikh 'Abdullah B. Muhammad as-Sadhan | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 48m/s.
Doa-doa dan zikir-zikir yang sahih dari al-Qur'an dan al-hadis adalah di antara sarana perlindungan dan penyembuh nabawi yang sangat bermanfaat bagi keadaan-keadaan tertentu. Doa-doa dan dzikir-dzikir ini sekiranya memenuhi tuntutan dan syarat-syaratnya, insyaAllah tidak akan ada lagi sesuatu yang akan menghalang kemujarabannya sebagai sumber penawar dan ayat-ayat pelindung dari mara bahaya.
Buku bersaiz poket ini adalah di antara buku yang sangat praktikal, mudah, ringkas, padat, mudah dibawa ke mana-mana, mudah difahami, dan mudah dihafal. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya sebagai bekalan dan rujukan dalam perkara yang berkaitan.
Buku kecil ini menyenaraikan dzikir-dzikir yang mudah dan sahih daripad aas-Sunnah dalam rangka mendapatkan perlindungan daripada Allah terhadap pelbagai keburukan seperti gangguan Syaitan, kelalaian, sihir, dan sebagainya.
Dengan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah dihafal, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.