Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mereka Adalah Para Sahabat

Mereka Adalah Para Sahabat
Mereka Adalah Para Sahabat
Terbitan: Pustaka at-Tibyan
Product Code: Pustaka At-Tibyan (10(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mereka Adalah Para Sahabat | Judul Asal ('Arab): Shuwaru min Hayatish Shahabah | Penulis: Dr. 'Abdurrahman Ra'fat Basya | Penerbit: Pustaka at-Tibyan | Berat: 800g | Muka Surat: 420m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 
“Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama.” (Shahih al-Bukhari, no. 3673. Shahih Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 254)
 
Dari Sabda Rasulullah ini telah cukup menggambarkan betapa agungnya kedudukan para sahabat di hadapan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Bahkan sanjungan Rasulullah ini turut dikuatkan pula dengan dalil al-Qur'an yang jelas. Antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut:
 
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)
 
Siapakah sebenarnya para sahabat ini? Apa yang telah mereka lakukan sehingga mencapai penngiktirafan sedemikian agung daripada Allah dan Rasul-Nya? Apa sumbangan mereka terhadap Islam? Bagaimana sejarah dan kehidupan mereka? Apa pegangan dan prinsip-prinsip hidup mereka? Bagaimana mereka beragama?
 
Bukankah ini semua suatu yang menarik untuk ditelusuri dan dihayati. Agar kisah-kisah dan jalan hidup mereka dapat kita ambil pedoman dan jadikan contoh. InsyaAllah, buku ini mengupas sebahagian dari kisah-kisah suka dan duka serta jalan hidup yang telah mereka lalui. Sebahagian dari rakaman kisah-kisah yang terpahat indah dalam lipatan kitab-kitab sirah tentang perit getir, ujian, kesabaran, dan keteguhan mereka di dalam beragama diungkapkan oleh penulis melalui buku ini. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Semoga kita dapat menuai hikmah dan faedah darinya. InsyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net