Judul: Fawa'idul Fawa'id, Menyelami Samudera Hikmah dan Lautan Ilmu | Judul Asal ('Arab): Fawa'idul Fawa'id | Tahqiq: 'Ali B. Hasan al-Halabi | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 700m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Islam merupakan ajaran, agama, dan cara hidup yang sarat dengan hikmah dan pesan-pesan agung bagi kehidupan lahir dan batin manusia. Setiap ibadah yang diajarkannya sentiasa membawa kesan dan hikmah terhadap jiwa nurani, dan setiap yang hikmah yang mendatangkan kesan di lubuk sanubari pasti akan menuntut terwujudnya amalan fizikal.
Umpama samudera yang luas nan dalam, buku ini menghadirkan himpunan karya-karya agung yang mampu memecah jiwa nan lara. Kupasan ilmiyah yang mampu menggugah jiwa yang terlena. Ia menggabungkan pelbagai elemen kehidupan terhadap agama. Setiap olahannya pasti menyentuh pelbagai cakupan perbahasan agama sama ada dari aspek aqidah, iman, tauhid, tafsir al-Qur'an, ibadah, akhlak, mu'amalah, mahupun tazkiyatun nufus. Penulis mengajak para pembaca sekalian ke alam spiritual Islam yang penuh pengetahuan, hikmah, kebijaksanaan, dan keluhuran sebenar yang terkandung dalam ajaran Islam.
Semua itu penulis bentangkan melalui sebuah buku dengan sentuhan penuh menikam kalbu.
Kalbu para pembaca insyaAllah akan dipertajam oleh kupasan dari hati ke hati dengan pelbagai amalan-amalan hati baik tubuh yang sunnah terus kepada Nabi; dan semoga dari sini para pembaca akan menyedari bahawa ajaran Islam bukan sekadar ritual fizikal, tetapi juga mencakupi amalan hati yang sering kali diabaikan. Khazanah buku ini semakin lengkap dengan bentangan potret hidup orang-orang soleh dan mutiara hati yang terangkum dalam wasiat-wasiat penuh nilai pedoman.
Semoga dengan menyelami hakikat perbahasan buku ini, pemahaman kita tentang hakikat ubudiyah (penghambaan terhadap ilahi) mampu menjadi sempurna, dan pelita hati akan semakin cerah melaluinya. Sekaligus akan menyinari perjalanan kita menuju Allah. Tela'ahlah buku ini dengan dalam-dalam. Renungilah setiap hikmah dan pesan di dalamnya perlahan-lahan dan penuh hati-hati. Kerana dengan semakin dalam perenungan dan penghayatan kita, akan semakin bercahaya-lah hati kita, dan semakin dekat jarak perjalanan kita untuk menggapai kebahagiaan hakiki. Semoga buku ini mampu menjadi wasilah ilmu mendekatkan kita dengan jalan yang haq menuju Allah dan kehidupan bahagia lagi kekal abadi. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Di antara ciri istimewa edisi terbitan/terjemahan Pustaka Imam asy-Syafi'i ini adalah terletak pada sisi editing dan persembahannya. Amat menarik, mesra pembaca, kemasan terkini, dan rapi.