Judul: Tanbihul Ghafilin, Peringatan dan Nasihat Bagi Orang-orang Yang Lalai | Judul Asal ('Arab): Tanbiihul Ghafiliin 'an A'malul Jaahiliin wa Tahdziirus Saalikiin min Af'alul Haalikiin | Penulis: Imam Muhyiddin an-Nuhhas | Tahqiq dan Ta'liq: Syaikh Imaduddin 'Abbas, dipersetujui oleh al-Maktab as-Salafi li Tahqiq at-Turats al-Islami | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 627m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Judul asas kitab ini adalah "Tanbiihul Ghafiliin 'an A'malul Jaahiliin wa Tahdziirus Saalikiin min Af'alul Haalikiin". Disusun oleh Imam Muhyiddin an-Nahhas, yang wafat pada tahun 614 H. Dari judulnya sudah menggambarkan kandungannya yang penuh berisi peringatan dan nasihat bermanfaat agar kita tidak lalai dan tidak tersibukkan dengan amal-amal jahiliyah dan yang sia-sia.
Kitab ini disusun dan dibahagikan kepada 7 bab, iaitu: 1 - Keutamaan Amal Ma'ruf Nahi Mungkar, 2 - Cara dan kaedah yang benar dalam mengingkari (membanteras) maksiat dan kemungkaran, 3 - Ancaman kepada yang meninggalkan amal ma'ruf nahi mungkar, 4 - Dosa bagi orang yang memerintahkan kebaikan tetapi dia tidak melaksanakannya untuk dirinya, 5 - Perbahasan berkenaan dosa besar dan kecil, 6 - Perbahasan berkenaan perkara yang dilarang agama, 7 - Perbahasan berkenaan kemungkaran, bid'ah dan sesuatu yang baru.. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]