Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fatwa-fatwa Tentang Wanita

Fatwa-fatwa Tentang Wanita
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fatwa-fatwa Tentang Wanita | Judul Asal ('Arab): Al-Fatawa Al-Jami'ah lil Mar'ah al-Muslimah | Penyusun: Syaikh Amin B. Yahya Al-Wazan | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.65kg | Muka Surat: 918m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Para wanita dari kalangan muslimah khususnya memiliki hak yang sama dengan kaum lelaki dari kalangan muslimin dalam urusan meraih pahala dan janji Syurga atas amal-amal kebaikan yang mereka usahakan. Kaum wanita memiliki tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki untuk beriman dan beraqidah secara benar dan beramal dengan amal-amal yang sesuai dengan ajaran Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Walau pun begitu, di dalam Islam tetap ada amal-amal yang menjadi amalan khusus buat kaum wanita, demikian juga lelaki. Sebagai contoh, kaum wanita diwajibkan menutup seluruh tubuh mereka yang merupakan aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan. Berbeza dengan aurat kaum lelaki. Kemudian, kaum wanita dituntut agar tetap mendiami rumah-rumah mereka dan tidak digalakkan bekerja melainkan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. Berbeza dengan kaum lelaki, tugas mereka dikhaskan di luar rumah berkerja, mencari nafkah, dan mentadbir masyarakat.
 
Memang terdapat beberapa perincian lainnya lagi berhubung kaum wanita dalam Islam. Oleh sebab itulah pentingnya untuk menuntut ilmu bagi setiap individu muslim, baik lelaki atau pun wanita. Agar mereka tahu di mana posisi mereka dalam beramal dengan agama yang mulia ini seraya meraih ganjaran pahala dari sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.
 
Pada hari ini, permalasahan yang berhubung dengan kaum wanita memag begitu banyak sekali. Sama ada dalam urusan aqidah, ibadah, mu'amalah, pekerjaan, rumahtangga, isu-isu sosial, isu suami isteri, isu-isu remaja, isu pendidikan, politik, dan banyak lagi seumpamanya. Oleh sebab itulah, penjelasan dan bimbingan dari para ulama yang berautoriti memang amat-amat diperlukan. Setiap persoalan perlu disikapi dengan profesional dan ilmiyah di samping adab-adab yang benar. Agar setiap permasalahan dapat diberikan jalan solusi yang tepat dan tuntas berdasarkan prinsip agama yang benar berdalilkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Agar setiap masalah dapat ditangani dengan murni, dan sebaliknya tidak menjadikannya bertambah rumit. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Maka, buku yang dipaparkan kepada anda ini adalah salah sebuah buku yang menghimpunkan pelbagai fatwa-fatwa dan bimbingan para ulama kontemporari ahli sunnah wal-jama'ah berhubung sekian banyak permasalahan kaum wanita akhir-akhir ini. Buku ini memiliki nilai yang unggul apabila di dalam setiap bimbingan dan jawaban yang dikemukakan disertakan dalil-dalilnya yang jelas dan tuntas. Dikemukakan pula oleh para ulama yang tidak asing lagi, yang memang dimaklumi kapasiti keilmuannya tentang al-Qur'an dan as-Sunnah. Di antara para ulama yang dihimpunkan fatwa-fatwanya dalam buku ini adalah:
 
1, Syaikh Muhammad B. Ibrahim asy-Syaikh.
 
2, Syaikh 'Abdullah B. Humaid.
 
3, Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di.
 
4, Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz.
 
5, Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin.
 
6, Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibrin.
 
7, Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan.
 
8, Lembaga kajian dan fatwa Saudi Arabia.
 
Semoga umat Islam yang sentiasa berusaha mengambil panduan agama yang terbaik dengan mendahulukan bimbingan para ulamanya yang benar akan terus berada dalam petunjuk dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka tahu bagaimana setiap permasalahan harus didudukkan dan ditangani. Mereka tidak terburu-buru dan sentiasa berusaha mengeluarkan jalan solusi yang paling selamat dan paling dekat dengan kebenaran. Insyaallah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net