Judul: Tafsir Al-Qur'an Al-Aisar | Judul Asal ('Arab): Aisarut Tafsiir li Kalaam al-'Ali al-Kabiir | Penulis: Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 12.4kg | Muka Surat: 7 Jilid lengkap.
Tafsir Al-Qur'an ini disusun dalam rangka menjelaskan terjemahan, makna, kosa-kata ayat, dan intisari kandungan ayat-ayat Al-Qur'an dengan metode yang mudah dan ringkas.
Tafsir ini menjelaskan terjemahan kata per kata dari ayat secara zahir (mengikuti literal teks), kemudian diikuti terjemahan ayat mengikuti konteks nash, dan kemudian barulah dijelaskan kefahaman dan makna-makna ayat secara global bersesuaian tafsir para salaf.
Tafsir ini juga turut menjelaskan makna dan tafsiran mufrodat atau kosa-kata bagi ayat-ayat Al-Qur'an tertentu.
Tafsir ini menjelaskan hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain.
Tafsir ini juga menghimpunkan pelbagai hikmah dan pelajaran bagi setiap ayat per ayat dalam bentuk point yang mudah difahami dan dituai maknanya.
Tafsir ini disusun oleh salah seorang ulama dari Kota Madinah, Syaikh Abu Bakar bin Jabir Al-Jazairi rahimahullah. Tafsir ini disusun dengan metode dan gaya penyampaian yang mudah dalam rangka membantu kalangan muslimin dan masyarakat awam tidak ketinggalan untuk memahami kandungan-kandungan penting Al-Qur'an dari peringkat yang paling mudah dan asas, hinggalah mampu naik ke tahap yang lebih mendalam. setahap demi setahap sebelum pergi kepada kitab-kitab tafsir yang lebih kompleks, akademik, dan luas.
Tafsir ini lengkap diterjemahkan sebanyak 7 jilid semuanya, edisi hard cover. Semoga bermanfaat.