Judul: Shahih Asbabun Nuzul | Judul Asal ('Arab): Ash-Shahih al-Musnad min Asbabun Nuzul | Penulis: Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi'i rahimahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 820g | Muka Surat: 504m/s.
Asbabun Nuzul adalah merujuk kepada sebab-sebab turunnya sesuatu ayat al-Qur'an. Perkara ini sangat penting untuk diketahui dan difahami bagi memahami satu-satu ayat al-Qur'an sekaligus membantu dalam proses penafsiran ayat tersebut. Namun, bukanlah semua ayat al-Qur'an memiliki sebab-sebab (atau latar belakang) yang jelas dan terperinci kenapa ia diturunkan. Namun, bagi ayat-ayat al-Qur'an yang memiliki penjelasan berkenaan sebab-sebab mengapa ia diturunkan, adalah suatu usaha yang sangat baik sekiranya kita berusaha untuk memahaminya.
Dalam keadaan tertentu, banyaknya periwayatan berkenaan asbabul Nuzul (sebab-sebab turunnya) sesuatu ayat al-Qur'an akan menimbulkan hasil penafsiran yang pelbagai yang mungkin akan mengarah kepada lahirnya syubhat, kesilapan dan perselisihan dalam memahami satu-satu ayat al-Qur'an. Dari itu, proses penyemakan dan penelitian periwatan atau hadis-hadis berkenaan dengannya perlu dilakukan. Proses ini adalah bagi memastikan riwayat mana yang sahih dan mana yang tidak sahih, sekaligus membantu para ahli tafsir dan pengkaji memahami ayat-ayat al-Qur'an dengan sumber asbabun nuzul yang tepat/sahih yag dengannya membantu menghasilkan kefahaman yang tepat.
Dari itu, berikut ini adalah sebuah kitab yang telah dicetak dan diterbitkan berulang-ulang kali disebabkan banyaknya manfaat darinya. Dan merupakan salah satu kitab yang menjadi best-seller di timur tengah.
Kitab ini adalah hasil susunan dan penelitian oleh salah seorang tokoh ulama hadis moden yang terkenal dari negeri Yaman bernama Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wad'i rahimahullah. Dengan lahirnya kitab ini beliau telah berjaya dalam usahanya menyediakan pilihan hadis-hadis yang sahih yang membawakan penjelasan sekitar sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Kini, kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa yang dapat sama-sama kita fahami sebagai salah satu bentuk rujukan di dalam usaha memahami al-Qur'an dengan baik secara umumnya.