Judul: Buku Poket Zakat & Cara Praktis Menghitungnya | Penulis: Abu Muhammad Ibnu shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 88g | Muka Surat: 88m/s.
Tunaikanlah zakat hartamu sebelum harta tersebut berpisah, atau kamu berpisah darinya. Di dunia ini kita hanya bermusafir, sedang berkelana, tidak kekal. Demikian juga dengan harta, ia hanyalah pinjaman. Sebelum ianya pergi, maka manfaatkanlah dan urusilah ia dengan cara yang benar. Di antara cara yang benar dan termasuk kewajiban bagi mereka yang punya harta adalah berzakat. Selama mana telah cukup tempoh dan kadar jumlahnya, maka anda wajib mengeluarkan zakat. Seandainya ia tidak dikeluarkan zakatnya, maka kelak anda akan bertanggungjawab dan berhadapan masalah di akhirat.
Oleh itu, ketahuilah tentang hak-hak zakat, apa yang perlu dizakatkan, bila masanya, berapa kadarnya, dan kepada siapa zakat perlu diserahkan. InsyaAllah buku bersaiz poket ini bakal membantu dan membimbing anda memahami asas-asas penting persoalan zakat. Buku ini mengupas dengan ringkas dan tuntas bersesuaian dengan saiznya, tentang definisi zakat, jenis-jenis zakat, kedudukan zakat, faedah dan hikmah zakat, hukum zakat, orang yang enggan berzakat, syarat-syarat zakat, haul dan nishab zakat, sunnah-sunnah dalam menunaika zakat, kaedah pengiraan zakat, 'aamil, kepada siapa zakat perlu diserahkan, dan beberapa maklumat-maklumat penting lainnya sekitar persoalan zakat.
Buku poket ini juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah, risalah sebaran, dan bacaan peribadi yang mudah dibawa ke mana-mana.