Judul: Pengobatan Cara Nabi Terhadap Kesurupan, Sihir, dan Gangguan Makhluk Halus | Judul Asal ('Arab): Audah al-Bayaan fi Ilaj al-Mas wa as-Sihr wa Idza | Penulis: Thal'at bin Fu'ad Al-Hulwani | Penerbit: Darul Haq | Berat: 300g | Muka Surat: 226 m/s.
Kesurupan (kerasukan) jin adalah satu fenomena yang boleh dikatakan sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita, bahkan mungkin ada di antara kita yang pernah mangalaminya. Apakah sebenarnya kasurupan tersebut? Jika benar adanya, apa sebab-sebabnya? Lalu bagaimana sikap dan tindakan seorang Muslim dalam menghadapinya?
Buku yang ada di tangan anda ini, insya-Allah akan menjawab soalan-soalan tersebut dan pelbagai pertanyaan lainnya. Penulis telah mengupas secara tuntas persoalan ini dengan berpandukan sumber-sumber fakta al-Qur'an dan as-Sunnah serta fatwa-fatwa para ulama salaful ummah (generasi awal). Dengan bahasa yang mudah difahami, beliau menyebutkan beberapa bentuk gangguan jin dan syaitan, kebarangkalian jin memasuki/merasuki jasad manusia, sebab-sebab kesurupan dan kaedah-kaedah untuk membenteng diri dari gangguan syaitan/jin. Secara khusus, beliau juga membahaskan persoalan ruqyah dan bentuk praktiknya bersesuaian dengan tuntunan al-Qur'an dan as-Sunnah. Penulis juga menjelaskan tentang syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh orang yang akan meruqyah (merawat), disertai dengan menyenaraikan beberapa bentuk kesalahan yang sering kali dilakukan oleh peruqyah untuk dijauhi/dihindari. Kemudian di bahagian akhir, penulis menyertakan beberapa untaian nasihat penuh manfaat, sama ada untuk orang yang mengubati ataupun untuk yang diubati.
Dan dalam rangka memudahkan para pembaca melakukan ruqyah, kami (penerbit/penterjemah) menyertakan buku ini dengan risalah kecil panduan praktis ruqyah yang disyari'atkan.
Semoga Allah menyelamatkan kita dari gangguan syaitan. Hanya Allah-lah pelindung kita, dan hanya kepadaNya-lah orang-orang yang beriman bertawakkal.