Judul: Pengantar Studi Ilmu Fikih | Judul Asal ('Arab): Mukaddimah Shahih Fiqhus Sunnah | Penulis: Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim | Penerbit: Pustaka at-Tazkia | Berat: 190g | Muka Surat: 129m/s.
llmu fikih adalah ilmu yang mengatur tentang hukum-hakam syari'ah yang berbentuk amalan yang diambil berdasarkan dalil-dalil yang terperinci. Di zaman Rasulullah, ilmu ini belum dibukukan dalam bentuk disiplin ilmu yang sistematik dan tersendiri. sebab umat Islam tidak memerlukan kaedah atau metode tertentu dalam memahami hukum-hukum Islam pada ketika itu, sebaliknya pada ketika itu mereka boleh terus merujuk langsung kepada Rasulullah apabila memerlukan sebarang penjelasan terhadap pelbagai permasalahan.
Dalam siri-siri perkembangannya setelah zaman Rasulullah, para ulama merasa perlu untuk membuat kaedah-kaedah yang sistematik lagi bertulis yang dibukukan sebagai disiplin-disiplin ilmu dalam memahami hukum-hakam Islam. Ketika fasa kedua hijrah, akhirnya lahirlah kitab ar-Risalah karya Imam asy-Syafi'i sebagai kitab pertama dalam disiplin ilmu ushul fikih.
Rentetan dari itu, perkembangan ilmu-ilmu yang menyusun disiplin pemahaman agama Islam pun terus berkembang pesat, sama ada dalam bidang ilmu hadis, sejarah, tafsir, ushul fiqh, ushul aqidah, dan seumpamanya. Dan tidak ketinggalan, lahirnya disiplin dan kaedah ilmu fiqh.
Dalam buku ini, penulis berusaha mengupas fasa-fasa penting perkembangannya, sejarah pertumbuhan ilmu fikih, taklid, ittiba', mazhab, dan prinsip-prinsip penting yang membina ilmu fiqh berserta kesimpulan-kesimpulan yang diperlukan.