Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Imam Syafi'i (Terjemahan Kitab al-Umm)

Fikih Imam Syafi'i (Terjemahan Kitab al-Umm)
Fikih Imam Syafi'i (Terjemahan Kitab al-Umm)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 16

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM400.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Imam Syafi'i | Judul Asal ('Arab): Al-Umm li Imam Muhammad B. Idris asy-Syafi'i (terbitan Daar al-Wafaa') | Tahqiq: Dr. Rif'at Fauzi 'Abdul Muthalib | Penulis: Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 4.7kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap.


Ini adalah hasil terjemahan dari kitab Al-Umm edisi lengkap berserta tahqiq karya Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H). Cuma bagi edisi terjemahan ini, penerbit (atau penterjemah) hanya berkenan menterjemahkan secara lengkap bagi bab-bab perbahasan yang menyangkut urusan ibadah sahaja, manakala bagi perbahasan mu'amalah ditinggalkan dan tidak diterjemahkan. Tetapi mungkin akan diusahakan pada masa-masa mendatang. Jadi, bagi edisi ini, terjemahannya lengkap mencakupi perbahasan Thaharah, Haid, Solat, Solat-solat Sunnah, 'Ied (hari raya), hukum-hakam murtad, Jenazah, Zakat, Puasa, I'tikaf, Haji, Korban, Buruan, Sembelihan, Makanan, sehinggalah terhenti ke bab perbahasan Nadzar. Ia diterjemahkan lengkap menjadi 4 jilid.
 
Jika dibandingkan dengan edisi arabnya, ia terdiri dari 11 jilid lengkap dengan tahqiq Dr. Rif'at Fauzi 'Abdul Muthalib. Dan edisi terjemahan ini hanya menterjemahkan secara lengkap sampai setakat jilid 3 yang awal (dari edisi asal bahasa arab), lengkap dari bab yang awal bermula dari perbahasan thaharah sampai bab nadzar.
 
Walau apa pun, ini semua tetap memiliki faedah yang besar bagi para pencinta kitab hasil karya para ulama generasi awal, khususnya karya Imam asy-Syafi'i ini. Para pencinta ilmu pasti gembira dengan terhasilnya edisi terjemahan ini terutamanya yang menyangkut hal-hal ibadah. Ini sekaligus membantu para pengamal mazhab asy-Syafi'i di nusantara ini khasnya. Usaha ini amat membantu kita semua dalam membuat semakkan dan rujukkan berkaitan perbahasan fiqh dan ibadah dengan rujukan asalnya secara ilmiyah dan sahih. Sekaligus meningkatkan maklumat, ilmu, capaian, dan keluasan pembacaan kita dalam memahami mazhab imam asy-Syafi'i ini.
 
Kitab Al-Umm
 
Kitab al-Umm ini adalah sebuah kitab yang dikumpulkan oleh murid Imam asy-Syafi’i iaitu Imam ar-Rabi’ B. Sulaiman al-Muradi (Wafat: 270H). Beliau menghimpunnya sama ada ketika sebaik mendengar bab-bab atau perbahasan-perbahasan kandungannya tersebut secara langsung daripada asy-Syafi’i atau di masa yang lain. Juga berdasarkan apa yang beliau temui dalam bentuk-bentuk tulisan asy-Syafi’i rahimahullah.
 
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), “Jumlah kitab (perbahasan) dalam kitab al-Umm mencapai lebih dari 140 bab, wallahu a‘lam. Ia dimulakan dengan perbahasan tentang thaharah (bersuci), kemudian kitab ash-sholah, dan seterusnya yang mana beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh.” (Dinukil dari kitab Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbaat al-‘Aqiidah karya Dr. Muhammad al-‘Aql, m/s. 48 – Maktabah Adhwa as-Salaf)
 
Perbahasan yang terkandung dalam kitab al-Umm ini merangkumi pelbagai asas dan penjabaran persoalan agama yang sangat luas. Bahkan ia boleh dikatakan sebagai himpunan perbahasan yang mengumpulkan pendapat-pendapat imam asy-Syafi’i rahimahullah dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Di antara perbahasannya mencakupi aspek thaharah, solat, hari raya, zakat, jenazah, puasa, haji, ibadah korban, perburuan, nadzar, jual beli, wasiat, faraidh, peperangan, jihad, pernikahan, hudud, qishash, dan banyak lagi yang lainnya.
 
Muhammad B. Idris Asy-Syafi'i rahimahullah atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Malaysia. Mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.
 
Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i, juga tidak tahu apa karya-karya Imam asy-Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net