Judul: Buku Poket Tuntunan Praktis Puasa, Tarawih, I’tikaf, Lailatul Qadar, & Zakat | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 64m/s.
Buku bersize poket ini menjelaskan secara ringkas tentang tuntutan berpuasa di bulan Ramadhan dan sunnah-sunnahnya, kemudian diikuti penjelasan solat sunnah Tarawih, sunnah I'tikaf di bulan Ramadhan, malam al-Qadar, dan diakhiri dengan penjelasan ringkas zakat fitrah.
Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan. Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca/mengamalkannya/menghafalnya.
Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu bentuk nota mahupun risalah untuk hadiah. Sesuai untuk sebaran/cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat. Memandangkan maklumat-maklumatnya di dalamnya tidak kalah baik dan bermanfaat.